ADVERTISEMENTspot_img

150 peserta jayakan program riadah komuniti :Hike 4 Merdeka’

Para peserta ketika berada di puncak MTB sambil mengibarkan Jalur Gemilang.

LABUAN: Seramai 150 peserta menyertai program riadah komuniti bertemakan “Hike 4 Merdeka 2025”sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke 68.

Program anjuran Gabungan Belia dan Beliawanis Pohon Batu (GABPOBA) dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN), Majlis Belia Labuan (MBL) dan beberapa rakan strategik telah diadakan dengan mendaki bukit MTB setinggi empat kilometer di Kampung Pohon Batu, pada Ahad lalu.

Msjlis pelepasan para peserta yang bermula di Padang Majal disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Mohd Sukuran Taib.

Hadir sama, Pengarah MKN Wilayah Persekutuan Labuan, Mohd Hafiz Mohd Daud, Pengerusi GABPOBA, Mohamad Hazwin Tamin, Presiden MBL, Nazera Roslan, Pengerusi KRT Pohon Batu, Dasuki Zainal dan Ketua Kampung Pohon Batu, Haryadi Omar.

Menurut Pengerusi GABPOBA, Mohamad Hazwin Tamin, program tersebut antara lain bertujuan untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan aktif dalam sukan riadah.

“Program ini juga menjadi wadah komuniti untuk meraikan Hari Kebangsaan secara lebih kreatif dan bermakna”, katanya.

Selain itu katanya, program Hike 4 Merdeka“ini juga jelas memperlihatkan komitmen warga Labuan dalam menghayati erti kemerdekaan, di samping menyemai semangat kesatuan dan kekitaan.

Dalam pada itu, suasana di puncak bertambah bermakna apabila para peserta mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh semangat patriotisme, sebagai simbol kecintaan kepada tanah air.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN