ADVERTISEMENTspot_img

Bangunan Gereja SIB baharu Kg Miruru dirasmikan

Jonathan (tengah) menyaksikan pemotongan reben bangunan Gereja SIB yang baharu oleh Ir Jerry di Kg Miruru


RANAU: Jemaat-jemaat dari Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Kg Miruru dan kawasan sekitarnya menarik nafas lega dengan penuh kesyukuran selepas bangunan gereja yang dibina di sini, kini siap sepenuhnya.

Sehubungan dengan itu, majlis Perasmian dan Pentahbisan Gereja SIB Kg Miruru telah diadakan dan dibuka dengan rasminya oleh Presiden SIB Sabah, Datuk Ir Jerry Dusing di sini pada hari Khamis.Dalam ucapan alu-aluannya,

Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin berterimakasih dan mengucapkan syabas kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, kerana hasil dari pengorbanan masa, usaha, doa dan ketekunan mereka, akhirnya bangunan gereja tersebut siap dibina.

“Kita bersyukur kerana majlis perasmian dan penthabisan Gereja baru SIB Miruru telah selesai disempurnakan hari ini. Ini merupakan sesuatu berkat yang menggembirakan buat semua jemaat-jemaat di sini.


“Kita berharap para jemaat di sini dapat memanfaatkan sepenuhnya bangunan gereja yang telah siap dibina ini untuk pembangunan rohani dan juga meningkatkan keimanan antara satu sama lain.


“Semoga bangunan ini juga terus dijaga dengan baik dengan memastikan ia sentiasa dalam keadaan yang bersih dan kemas, dan dihindarkan dari kerosakan-kerosakan,” katanya.


Beliau menambah, gunakanlah semua yang disumbangkan oleh kerajaan supaya semua yang dirancangkan dapat menjadi kenyataan, bukas sahaja dari segi rohani tetapi juga secara fizikal
Turut hadir di majlis itu, Presiden SIB Sabah, Datuk Ir Jerry Dusing, PTA Jowie Paulus, para Penatua, Pastor, Diakon, para pegawai dan kakitangan Pejabat Parlimen Ranau dan para jemaat SIB di kawasan ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN