ADVERTISEMENTspot_img

LELAKI WARGA ASING DITAHAN KES AMANG SEKSUAL

DIBERKAS…Suspek (tangan bergari) berjaya diberkas polis pada hari Isnin

PENAMPANG – Polis berjaya memberkas seorang lelaki warga asing yang disyaki terlibat dalam kes amang seksual terhadap seorang pelajar perempuan di Putatan, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton dalam satu kenyataan memaklumkan suspek berusia 34 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Balai Polis Putatan pada Isnin, kira-kira jam 6.00 petang di tepi jalan sekitar Putatan.

Penahanan tersebut dibuat susulan laporan polis yang diterima pada 22 Jun lalu yang dibuat oleh pengadu.

“Bertindak atas maklumat dan risikan, pasukan polis dari Balai Polis Putatan telah berjaya mengesan dan menahan suspek,” katanya

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada orang awam yang tampil menyalurkan maklumat penting sehingga membolehkan suspek diberkas dalam tempoh singkat.

“Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada pegawai serta anggota Balai Polis Putatan atas kecekapan mereka dalam mengesan dan menangkap suspek

“Suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan, dan kertas siasatan sedang dilengkapkan oleh pihak polis

Menurut Sammy, kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara serta sebatan.

Tambah beliau, polis menegaskan komitmen berterusan dalam membanteras jenayah seksual terhadap kanak-kanak serta menyeru masyarakat untuk terus bekerjasama dengan pihak berkuasa demi keselamatan bersama.


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN