ADVERTISEMENTspot_img

Lelaki terjatuh semasa aktiviti luncur udara

Mangsa yang terjatuh diangkat oleh anggota Bomba selepas kejadian tersebut


KOTA KINABALU: Anggota Bomba dan Penyelamat bertindak pantas untuk menyelamatkan seorang lelaki yang terjatuh semasa melakukan aktiviti Paragliding di sini pada hari Isnin.


Ketua Balai BBP Ranau, PPgB Rantey Fred memberitahu kejadian berlaku di Ranau Paragliding Park, Jalan Kompleks Sukan Ranau pada kira-kira jam 12.50 petang.


“Panggilan diterima melalui Talian MERS999 pada jam 12.59 petang lalu sekumpulan anggota Bomba seramai tijuh orang diketuai oleh Komander Operasi, PBKI Becket Gumat digegaskan ke lokasi.


“Setiba ditempat kejadian yang terletak 8 kilometer dari balai itu, kita mendapati terdapat seorang mangsa cedera akibat terjatuh semasa menjalankan aktiviti luncur udara (Paragliding) di kawasan lokasi mula terbang.


“Mangsa yang berumur 30 tahun itu dilaporkan tersasar dan terjatuh di kawasan belukar dan keluar dengan sendirinya sebelum ketibaan bomba,” katanya.


Menurut Rantey, mangsa diberi rawatan awal oleh Pegawai Perubatan KKM di tempat kejadian dan seterusnya di bawa ke hospital menaiki Ambulans KKM untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.


“Setelah memastikan tiada lagi bahaya lain, operasi ditamatkan pada jam 1.31 petang,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN