Dr Mohd Azam bersama sebahagian pemimpin Jawatankuasa Induk PGBM Malaysia
Oleh: Francis Andin
KOTA KINABALU : Lebih 2000 pemimpin sekolah terdiri Guru Besar dari seluruh negara menghadiri Konvensyen Pendidikan kali ke-29 dan Persidangan perwakilan kali ke-3 Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC) Kota Kinabalu dekat sini.
Konvensyen yang berlangsung tiga hari itu antara lain bertujuan menghimpunkan perkongsian ilmu daripada sektor Kementerian Pendidikan bagi memantapkan kepimpinan di sekolah rendah dalam melaksanakan dasar serta pelan Pembangunan Pendidikan yang Baharu kelak.
Sementara itu, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Dr Mohd Azam Ahmad Ketika berucap merasmikan konvensyen tersebut memberikan penekanan terhadap peranan Guru Besar sebagai peneraju dan pendorong kepada organisasi untuk memahami dasar serta melaksanakannya dengan penuh Amanah dan integriti sebagai penjawat awam yang sentiasa proaktif dalam membawa refomasi sekolah untuk memastikan hak anak bangsa terbela untuk mendapatkan Pendidikan yang sempurna dan berkualiti.
” Guru Besar apabila berada di sekolah masing-masing hadir untuk bekerja bukan pergi kerja, bawa satu gelombang memberi pendidikan berkualiti kepada anak didik, bersama organisasi guru untuk fokus terutama selesaikan isu Literasi dan Numerasi” katanya.

Sebahagian Perwakilan PGBM Malaysia yang Hadir
Pada masa sama katanya Kementerian Pendidikan sedang menyiapkan dan menyediakan Pelan Pembangunan Pendidikan 2026-2035 yang akan dilaksana Bersama disemua peringkat termasuk sekolah dengan hanya sata Pelan Strategik dan Jabatan, Pejabat Pendidikan Daerah akan menyediakan pelan taktikal dan sekolah hanya menyediakan pelaksanaan pelan operasi dan sewajarnya diterjemahkan di dalam bilik darjah.
Berucap di majlis yang sama Presiden PGBM Kebangsaan Marzilaini Muhamad, berkata Guru Besar di seluruh Malaysia sentiasa berusaha memastikan kualiti kepimpinan yang cemerlang dan berkesan dalam kalangan pemimpin sekolah melalui pelbagai pendekatan, perkongsian pintar dan Bersama menjayakan dasar Kerajaan khsususnya Pelan Pembangunan Pendidikan Baharu kelak.
Dalam pada itu, Yang DiPertua PGBM Sabah Datuk Nordin Mohd Taip, berkata konvensyen yang julungkalinya Sabah menjadi tuan rumah menjadi catatan sejarah sebagai perhimpunan pemimpin sekolah yang terbesar pernah diadakan dan mencapai matlamat dalam usaha membawa kemajuan Pendidikan melalui perkongsian idea, pengalaman serta penyelesaian pelbagai isu berkaitan Kebajikan guru, pemimpin sekolah termasuk isu kenaikan gred hakiki Guru Besar daripada DG44 ke DG48 dan serta usul kenaikan elaun tanggungjawab Guru Besar daripada RM200 kepada RM500 serta elaun Penolong Kanan daripada RM60 kepada RM200 yang turut dikemukakan kepada Kerajaan melalui Kementerian.
Majlis dimeriahkan lagi dengan jamuan makan malam bersama Kerajaan negeri untuk meraikan PGBM dari seluruh negeri, persembahan kebudayaan Pendidikan, pameran Pendidikan serta Mesyuarat Agung Tahunan dengan mengekalkan yang mengekalkan sebahagian besar kepimpinan PGBM Malaysia sedia ada.



