Junior BOMBA….Suhaili (duduk tengah), Abdul Rahman (duduk tengah tujuh Dari kiri), Abidin (duduk tengah tujuh Dari kanan) bersama Ahli Bomba Junior SK Patau Patau dan Rancha Rancha.
LABUAN: Dua buah Sekolah Kebangsaan masing masing SK Patau Patau dan SK Rancha Rancha di pilih sebagai projek pilot Bomba Junior peringkat Wilayah Persekutuan Labuan.
Majlis pelancaran dan perasmian Bomba Junior bagi kedua dua sekolah itu dirasmikan oleh Ahli Parlimen Labuan, Datuk Indera Suhaili Abdul Rahman yang diadakan di Kompleks Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)9 Jalan Rancha Rancha dekat sini, pada Isnin.
Suhaili ketika berucap pada majlis itu berkata beliau sangat menyokong penubuhan Bomba Junior kerana ia bukan sahaja mendidik dan memupuk kesedaran tentang bahaya kebakaran tetapi juga dapat mengamalkan ilmu kebombaan dan langkah langkah pencegahan di peringkat awal.
“Saya akan terus memberikan sokongan dan apa juga yang diperlukan supaya Bomba Junior ini dapat diwujudkan disemua Sekolah Rendah yang ada di Labuan” katanya.

PERASMIAN..
Suhaili menandatangani plug sebagai tanda simbolik pelancaran Bomba Junior JBPM Labuan.
Sementara itu, Pengarah JBPM, Wilayah Persekutuan Labuan, Abdul Rahman Ali berkata, usaha untuk melengkapkan agar semua Sekolah Rendah yang ada di Labuan menubuhkan Bomba Junior akan dilaksanakan secara berperingkat bermula tahun hadapan.
“Setiap Sekolah Rendah akan mempunyai Bomba Junior dengan keahlian seramai 30 orang yang akan dilatih mengikut modul yang telah ditetapkan” katanya.
Hadir sama Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Abidin Marjan.



