ADVERTISEMENTspot_img

Lebih 100 pelajar UMS sertai Seminar berkiatan Mink dan Gas

CHONG See Cheong  (dua dari kanan) bersama Dr Ismail, Eddie

KOTAKINABALU:Lebih 100 pelajar kejuruteraan Tahun Tiga dan Akhir dari Universiti Malaysia Sabah (UMS)  menyertai Seminar berkaitan Minyak dan Gas anjuran SEA Hibicus iaitu anak syarikat Hibiscus Petroleum yang diadakan di kampus UMS, baru baru ini.

Seminar yang berhasil memberi manfaat kepada pelajar UMS itu melibat seramai  tiga penceramah yang mempunyai pengalaman luas dalam industri penerokaan minyak dan gas.

Antara penceramah  utama dalam seminar itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif SEA Hibiscus, Chong Chee Seong  dengan tajuk ceramahnya ‘Memupuk Cita-Cita: Meneroka Kerjaya dan Kemahiran Minyak dan Gas.

Tiga  lagi penceramah ialah Ketua Operasi SEA Hibiscus Sabah,  Edmund Ang dan    Nordin Ahmad yang mewakili Human Capital serta Ivy Wong merupakan alumni UMS yang kini bekerja di syarikat Hibiscus Petroleum sebagai Jurutera Pengeluaran.

Turut hadir pada seminat itu ialh enam alumni UMS yang kini bertugas di Habiscus Petroleum turut berkongsi motivasi dan pengalaman bersama pelajar yang menyertai seminar tersebut.

Sementara itu, Dekan Fakulti Kejuteraan UMS, Dr Ts, Ismail Saad ketika berucap merasmikan seminar tersebut  merakamkan penghargaan kepada SEA Hibiscus yang sedia untuk bekerjasama dengan UMS sebagai usaha untuk melahirkan graduan universiti yang berdaya saing serta memenuhi kehendak pasaran kerjaya.

“UMS terus komited dalam memastikan para pelajarnya sentiasa medapat pendedahan kepada industri sebagai persediaan mereka berdepan dengan dunia kerjaya khususnya dalam industri berkaiatan minyak dan gas” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN