23 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 9, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

800 mangsa dipindahkan ke 7 PPS di Penampang berikutan banjir

Gambar fail

PENAMPANG: Seramai 800 mangsa banjir daripada 195 keluarga kini ditempatkan di tujuh Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sekitar daerah Penampang selepas kediaman mereka terjejas akibat banjir yang melanda sejak beberapa hari lalu.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Penampang, jumlah itu adalah kemas kini setakat jam 8 malam, 15 September 2025 dan dijangka berubah bergantung kepada keadaan cuaca semasa.

PPS yang merekodkan jumlah mangsa tertinggi ialah Dewan Inobong dengan 208 orang, diikuti Dewan Huguan Siou (151 orang), Kampung Sarapung (151 orang), SK St Paul Kolopis (146 orang), Kompleks Sukan Penampang (94 orang), Dewan Ramayah (83 orang) dan Dewan Raya Bukitas (28 orang).

Selain itu, sebuah lagi lokasi iaitu Penampang Parish Hall turut dikenal pasti sebagai PPS tambahan namun belum diisytiharkan secara rasmi.

Daripada keseluruhan jumlah mangsa, terdapat golongan kanak-kanak, bayi, warga emas serta Orang Kurang Upaya (OKU) yang turut ditempatkan di PPS terbabit.

JPBD Penampang bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta agensi berkaitan terus memantau keadaan dan memastikan keperluan asas mangsa termasuk makanan, tempat tinggal dan kesihatan berada dalam keadaan terkawal.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN