ADVERTISEMENTspot_img

57 individu ditahan disyaki terlibat sindiket aktiviti penipuan dalam talian (Scammer)

Semua suspek ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen untuk tahanan reman

LABUAN:Polis disini telah nenahan 57 individu melibatkan warga asing dan seorang warga tempatan disyaki terlibat dalam sindiket penipuan dalam talian pelaburan dalam satu serbuan di sebuah hotel di pusat bandar, petang kelmarin.

Menurut laporan awal, operasi berkenaan bermula sekitar jam 08.40 pagi hasil risikan dan maklumat Bahagian Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.

Turut terlibat dalam risikan dan serbuan itu beberapa Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah (BSJKD) di Sabah dan Labuan.

Daripada jumlah itu, 48 merupakan warga China, lapan warga Vietnam dan seorang warga Malaysia.yang semuanya melibatkan 50 lelaki dan tujuh wanita berumur antara 20 hingga 46 tahun.

Suspek wanita

Siasatan awal mendapati kumpulan berkenaan dipercayai menjalankan kegiatan penipuan pelaburan secara dalam talian yang menyasarkan mangsa di Korea Selatan.

Sindiket itu dipercayai telah beroperasi dari sebuah hotel yang baru diubah suai sejak April lalu turut dijadikan tempat tinggal ahli-ahlinya.

Dalam serbuan itu, polis merampas pelbagai peralatan dan barangan yang dipercayai digunakan untuk menjalankan kegiatan tersebut dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM131,500.

Sementara itu Hakim Mahkamah Sesyen Labuan, Dr Malissa Chia Pui Fung membenarkan perintah reman selama empat hari sehingga 06 Jun 2026 mengikut Seksyen 117 dan siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan 120B Kanun Keseksaan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN