SUHAILI menyerahkan sumbangan kepada salah seorang penerima sambil diperhatikan Siti Ayu (tengah) dan Hiffani (kanan sekali).
LABUAN: Seramai 50 keluarga Tionghua melibatkan golongan B40 menerima sumbangan barangan asas keperluan harian daripada Yayasan PERRONASĀ sempena Sambutan Tahun Baharu Cina (CNY) 2025.
Majlis penyerahan sumbangan tersebut telah diadakan di perkarangan Kuil Sin Ong Kong Kampung Sungai Keling pada Rabu.
Pengurus Besar Pejabat Wilayah Petronas Sabah dan Labuan Siti Ayu Abdul Wahab berkata, majlis penyampaian sumbangan tersebut merupakan salah satu program Tanggung jawab Sosial (CSR) syarikat yang diadakan setiap tahun di bawah inisiatif memacu kehidupan.
āSumbangan itu diagihkan kepada golongan sasar pada setiap perayaan utama di Malaysia termasuk Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidilfitri, Pesta kaamatan, Hari Gawai dan perayaan Krismasā katanya ketika berucap pada majlis tersebut.
Jelasnya lagi, program sedemikian turut mendapat kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang mengenalpasti penerima yang layak.
Siti Ayu berkata Yayasan PETRONAS juga merupakan cabang impak sosial Petronas yang menumpukan kepada tiga fokus utama iaitu pendidikan, kesejahteraan serta pembangunan komuniti dan alam sekitar.
āYayasan PETRONAS akan terus melaksanakan program yang lebih mampan seperti Program Duta Guru di bawah teras pendidikan, Program Penanaman Sejuta Pokok di bawah teras alam sekitar sebagai sebahagian daripada usaha kelestarian yang dijalankanā katanya.
Sementara itu majlis penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Labuan, Datuk Indera Dr. Suhaili Abdul Rahman.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemicals Methanol Sdn Bhd, Hiffani Mohd Jalil, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Mohd Sukuran Taib dan Pengerusi JPKK Kg. Sungai Keling Goh Siew Liang.



