29.5 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 27, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

5 cedera dalam kemalangan di Kilimu, Ranau

RANAU: Lima orang termasuk tiga wanita cedera dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Simpang Kilimu di sini petang tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Negeri Sabah, sepasukan anggota diketuai Pegawai Operasi, PBK II Becket Gumat daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 2.28 petang.

Lima mangsa berusia 19 hingga 37 tahun yang mengalami kecederaan telah dikeluarkan orang awam dari kenderaan terbabit sebelum ketibaan bomba.

Pasukan EMRS memberi rawatan awal dan seterusnya menyerahkan mangsa kepada pihak ambulans untuk dihantar ke hospital bagi mendapatkan rbawatan lanjut. 

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 3.02 petang.-Warta Oriental

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN