29.5 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 27, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

43 guru SK Bukit Padang  Kota Kinabalu sertai Program Kursus Pemantapan Staf 2.0 di Labuan

MOHD MASNI (duduk dua dari kiri) bersama Haji Rithuan (duduk tiga dari kanan), Mohd Syahffie ( duduk tiga dari kiri) pada majlis penutupan Kursus Pemantapan  Staf 2.0 SK Bukit Padang di bilik Persidangan Refflisia Ujana Kewangan, pada Ahad

LABUAN: Seramai 43 guru termasuk kakitangan sokongan SK Bukit Padang Kota Kinabalu berjaya menjalani Kursus Pemantapan Staf 2.0 yang diadakan di Wilayah Persekutuan Labuan.

Menurut Guru Besar sekolah itu, Mohd  Masni Haji Nanun, antara pengisian utama program tiga hari dua malam itu ialah mengadakan lawatan Penanda Aras ke SK Bebuloh dan SKK  St Anne Labuan.

 “Selain itu para peserta juga terlibat secara langsung dalam  aktiviti  ‘Team Building’ yang dikendalikan oleh  Jabatan Belia dan Sukan Labuan” katanya ketika ditemui media pada majlis penutupan kursus tersebut di Bilik Persidangan Reflesia Ujana Kewangan, pada Ahad.

Mohd Masni berkata  kursus tersebut  bertujuan untuk meningkatkan kepakaran dan prestasi individu, kumpulan kerja, proses kerja dan organasasi secara menyeluruh.

“Disamping itu  program ini juga bermatlamat untuk meningkatkan kualiti pengurusan staf supaya lebih cemerlang dalam membangunkan kapasiti, kopetensi, keupayaan serta inovasi dan kreativiti” katanya.

SIJIL…. Haji Rithuan menyampaikan sijil penyertaan kepada Azlan sambil diperhatikan Mohd Masni (kanan sekali) dan Mohd Syahffie (kiri sekali)

Sementara itu majlis penutupan kursus tersebut disempurnakan oleh  Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail mewakili Pengerusi Perbadanan Labuan, Senator Datuk Bashir Alias.

Turut diadakan pada sisi penutupan kursus itu ialah  majlis Menandatangani Perjanjian persefahaman (MoU)  SK Bukit Padang bersama SK Bebuloh, SKK St. Anne dan Jabatan Belia Sukan Labuan serta penyampaian sijil kepada peserta.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Wilayah Persekutuan Labuan, Mohd Syahffie Haji Japril, Pengerusi Kelab Kebajikan dan Rekreasi SK Bukit Padang, Azlan Soibah dan  Penyelaras Program, Sharin Aizrulidana Samsuri.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN