Profesor Madya Dr Geoffrey Harvey Tanakinjal.
LABUAN: Seramai 30 pensyarah Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah menghadiri Sesi Perkongsian Ilmu di FKAL Smart Space Classroom yang diadakan baru baru ini.
Mereka terdiri daripada pensyarah Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) dan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB).
Dua orang penceramah diundang mengendalikan sesi berkenaan iaitu Prof. Dr. Norzaidi Mohd. Daud, Faculty Of Bussines Management, UiTM Shah Alam dengan tajuk ‘Common Mistakes In Thesis Writing’ manakala Dato’ Dr. Shamshudeen Mohd Yunus, Chief Technology Officer Tijarah Holding berkongsi ilmu mengenai ‘Centralized Wisdom, Decentralized Power.
Dekan FKAL, Profesor Madya Dr Geoffrey Harvey Tanakinjal berkata tujuan majlis ilmuan itu diadakan adalah untuk memberi peluang kepada pensyarah, kakitangan dan pelajar UMSKAL untuk menambah ilmu serta pengalaman dalam dua tajuk utama yang dibentangkan penceramah jemputan.
Katanya, Prof Dr Norzaidi berkongsi tentang kesilapan-kesilapan dan bagaimana mengatasi masalah utama dalam penulisan tesis.
Manakala Dato’ Dr Shamshudeen pula berkongsi tentang pemusatan ilmu dan desentralisasi kuasa dalam organisasi dan individu.
“Program itu diadakan sempena Lawatan Penasihat Luar (Akademik/Industri/Alumni) ke FKAL pada 13 dan 14 Mei lalu,
“Saya berharap pengalaman dan pengetahuan yang luas Penasihat Luar itu dapat dimanfaatkan pensyarah, kakitangan dan pelajar yang hadir,”katanya.
Turut hadir Timbalan-timbalan Dekan FKAL, Dr Noor Hassanah Husin (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dan Dr. Anath Rau Krishnan, (Penyelidikan dan Inovasi) serta Penyelaras Pascasiswazah FKAL, Dr. Andrew Saw Tek Wei.