26 C
Kota Kinabalu
Ahad, November 9, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

30 pelajar Labuan terima bantuan kewangan awal ke IPT sumbangan YWP

Dr Abdul Basir bersama ibu bapa pelajar yang menerima bantuan tersebut.

Labuan: Seramai 30 pelajar dari keluarga golongan B40 yang berjaya melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) menerima bantuan kewangan sebanyak RM700 daripada Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) menerusi program Skim Bantuan Awal ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Majils penyerahan bantuan itu disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), Dr. Abdul Basir V. Kuhinmohamed yang diadakan di pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan, pada Rabu.

Hadir sama menyaksikan majlis itu Timbalan Pengurus MAIWP Labuan, Mohd Razaleih Matusin.

Terdahulu, Dr Abdul Basir ketika berucap pada majlis itu berkata, bantuan tersebut bertujuan membantu pelajar-pelajar daripada keluarga B40 membuat persediaan awal untuk memulakan pengajian di menara gading.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada MAIWP Labuan kerana memberikan kerjasama dalam melaksanakan program kebajikan penyerahan Cek Skim Bantuan Awal IPT peringkat Wilayah Persekutuan Labuan.

“YWP yang ditubuhkan sejak 1986, sentiasa komited dalam membantu meningkatkan taraf hidup warga Wilayah Persekutuan termasuk Labuan, melalui pelbagai bentuk bantuan pendidikan dan kebajikan.”, katanya.

Semantara itu, bantuan tersebut diterima oleh ibu bapa pelajar mewakili anak mereka yang sedang menuntut di IPT Semananjung Malaysia dan Sabah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN