26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Jun 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

25 peserta sertai Bengkel Insentif Pengurusan Logistik Perfileman Labuan 2021

Gambar: IRWIN (empat dari kiri) bersama para peserta yang menyertai bengkel tersebut.

LABUAN: Seramai 25 peserta yang terdiri daripada anak muda warga tempatan  dan Sabah telah menyertai Bengkel Insentif Pengurusan Logistik Perfileman Labuan 2021 yang diadakan  di beberapa lokasi terpilih di sekitar Labuan.

Bengkel yang berlangsung  dari 12 hingga 18 November itu  telah dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Felim Nasional Malaysia (FINAS) dengan kerjasama Borneo Creative Content Incubator Centre (BCCIC), Kristal Azmir Sdn Bhd dan North Borneo FilmFinity.

Menurut Pengasas Borneo FilmFinity, Irwin Ker bengkel ini bertujuan bagi melatih dan menyediakan kemahiran kumpulan sokongan (support team) logistik penggambaran dari kalangan warga tempatan di Labuan serta mengumpul ‘database’ dalam mengusahakan lokasi mesra penggambaran (filming-friendly) di kawasankawasan berpotensi di sekitar pulau ini.

Para peserta diberi bimbingan oleh penggiat industri perfileman berpengalaman, Tuan Muhaimin Yussof.

 “Usaha ini  secara tidak langsung  mempromosikan  Labuan sebagai destinasi penggambaran perfileman, sekaligus menggalakkan kemasukan penggambaran ke sini” katanya.

Irwin brkata,  selain mendapat manfaat ekonomi melalui perbelanjaan penggambaran, masyarakat setempat dilihat boleh mengambil peluang dari kelebihan mereka selaku masyarakat tempatan yang mahir tentang selok belok tempatan bagi terlibat sebagai penyelaras lokasi/logistik dan agen tempatan (local fixer/location support) sebagai platform menjana pendapatan – sekaligus mempromosi pelancongan di Labuan. 

“Bengkel  ini turut melatih  peserta berkaitan proses keseluruhan gerak kerja dalam sesebuah penerbitan termasuklah dokumentari, filem dan drama TV; khususnya dari aspek pengurusan produksi dan pengurusan logistik”, katanya.

Selain itu, para peserta telah  dibimbing dari peringkat pra-produksi, produksi dan  pasca produksi mengikut format dan piawaian yang digunakan pakai dalam industri – khususnya dalam konteks logistik dan pengurusan lokasi penggambaran. Ini bagi membolehkan para peserta mengikut format, cara kerja, serta sistem dalam industri. 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN