26 C
Kota Kinabalu
Selasa, Oktober 22, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

BOMBON MARAKAU TERUS TAMBAT HATI PELANCONG

Gambar: Rombongan daripada kaum India Pulau Pinang

RANAU: Bombon Marakau yang dibuka semula sejak 1 Januari lalu terus menambat hati para pelancong dalam dan luar. Baru-baru ini, seramai 14 orang pelancong dari Pulau Pinang telah berkunjung di tempat tersebut. Mereka terdiri daripada kaum India yang diketuai oleh Mohd. Taha.

Menurut Taha yang bertugas sebagai juruterbang, ekspedisi ke pusat bombon Marakau sebenarnya sudah lama dirancang awal tetapi disebabkan masalah covid, program untuk datang ke negeri di bawah bayu sering ditunda.

(dari kanan) Cikgu Sanda Kumary, Nalini Devi dan Indra Gandhi 

Beliau dan rombongan bersyukur kerana impian mereka ke tempat yang disifatkan menarik pada kali ini berjaya. Mereka amat teruja dan berpuas hati kerana dapat melihat sendiri  dan bermesra dengan ikan-ikan yang ada di dalam sungai itu.

Seorang lagi ahli rombongan yang turut ditemubual, Sandra Kumary (seorang guru) berkata, ikan-ikan yang ada di situ mempunyai keunikan tersendiri. Dia dan rakannya suka melihat dan membelai ikan Koi kerana mempunyai warna yang berbeza dengan jenis ikan yang lain.

‘semasa turun ke dalam sungai untuk memberi baja makanan, yang pertama menuju ke arah saya ialah Ikan Koi dan kami berasa takut dengan saiznya yang agak besar’ katanya  tersenyum sambil menyifatkan itu sebagai suatu kenangan.

Mohd. Taha (tengah), yang mengetuai rombongan

Sebelum bergerak balik, mereka mengucapkan terimakasih atas layanan dan kemesraan yang diberikan oleh para petugas bombon. Mereka bercadang untuk datang lagi ke daerah itu pada masa-masa akan datang kerana masih banyak tempat yang menarik untuk mereka kunjungi.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN