27 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

219 pelajar UMSKAL kembali ke kampus

DrĀ  MOHAMAD RIZAL (kanan) menyambut Kemasukan Pelajar Berkeperluan ke Kampus Semester 1 Sesi 2021/2022 di Kolej Kediaman Beta, UMSKAL, Sabtu lalu.

LABUAN: Seramai 219 pelajar Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) akan masuk semula ke kampus secara fizikal bagi sesi 2021/2022.

Pemangku Pengarah UMSKAL, Profesor Madya Dr Mohamad Rizal Abdul Hamid berkata, namun dalam tempoh fasa pertama ini iaitu bermula 15 sehingga 31 Oktober nanti, mereka akan pulang semula ke kampus UMSKAL secara berperingkat.

ā€œSeramai 219 pelajar akan balik semula ke dalam kampus secara berperingkat di Kampus Antarabangsa Labuan,ā€ katanya.

Beliau ditemui selepas menyantuni Kemasukan Pelajar Berkeperluan ke Kampus Semester 1 Sesi 2021/2022 di Kolej Kediaman Beta, Sabtu lalu.

Turut hadir Pengetua, Dr Hadzariah Ismail, Penolong Pendaftar Kanan, Norhanizah Adnan dan Ketua Sektor Hal Ehwal Pelajar, Nur Iman Reedzal.

Dr Mohamad Rizal berkata, kemasukkan semula ke kampus ini melibatkan enam kategori pelajar berkeperluan bagi membolehkan mereka mengikuti pembelajaran dan pengajaran (PdP) secara hibrid iaitu secara fizikal dan dalam talian.

ā€œKemasukan pelajar ini melibatkan enam kategori seperti mana yang diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi sebelum ini yang memerlukan kemudahan dalam kampus seperti WiFi dan lain-lain.

ā€œPendaftaran kemasukan berjalan lancar dan prosedur kemasukkan juga perlu diikuti termasuk pelajar perlu membuat ujian calitan COVID-19 dan akan diasingkan sekiranya mempunyai gejala bagi mengelak penularan jangkitan berlaku,ā€ katanya.

Tambah Dr Rizal, pada ketika ini, UMSKAL mempynyai 1,908 pelajar yang membabitkan pelajar Tahun 1 seramai 459. Tahun 2 (436), Tahun 3 (402), Tahun 4 (483) dan Tahun 5 dan ke atas seramai 128.

Selain itu, katanya, seramai 459 pelajar baharu melanjutkan pengajian di Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) dan Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) bagi Sesi Akademik 2021/2022.

Sejurus tiba di Lapangan Terbang Labuan dan Terminal Feri Antarabangsa Labuan yang disambut kakitangan Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Pembimbing Suai Mesra (PSM) pelajar terus menjalani saringan kesihatan di Klinik Rawatan Warga UMSKAL.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN