32 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Anggota RELA perlu lengkapkan diri dengan ilmu pengatahuan, sentiasa siap siaga

RANAU: Sebagai seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan asas sebagai seorang anggota yang cergas berilmu pengetahuan dan siap siaga  bertindak cepat pada bila-bila masa diarah menjalankan tugas.

Itulah antara lain objektif Kursus Asas Pengenalan  Rela Siri 1, melibatkan 150 orang anggota  di Dewan Masyarakat Ranau pada 19 November bermula 8.00 pagi yang majlis penangguhannya kelak akan disempurnakan Timbalan Menteri Dalam Negeri II, yang juga Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin pada jam 2.00 petang.

Pegawai RELA Ranau Mairy  Yubin (gambar), mengharapkan kepada semua peserta yang terpilih mengikuti  kursus itu, supaya hadir lebih awal bagi membolehkan proses pendaftaran peserta seterusnya kursus itu berjalan lancar dan teratur.

Menurut Mairy, seorang  anggota Rela amat penting mendapat pendedahan berhubung tugas, peranan dan tanggungjawab mereka terhadap keselamatan masyarakat dan  negara seluruhnya.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN