28 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 8, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

19 Tabika KEMAS Labuan dinaik taraf libatkan peruntukan lebih RM 1 juta.

Mohd Rafi menyampaikan sijil kepada salah seorang kanak kanak Tabika sambil diperhatikan Suzana (tiga dari kanan) don’t an Gilbert (dua dari kiri)

LABUAN: Sebanyak 19 buah Tabika dan dua buah Taska Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Wilayah Persekutuan Labuan akan dinaik taraf membabitkan peruntukan lebih RM 1juta.

Demikian diberitahu oleh Pengerusi Penasihat Giat MARA Wilayah Persekutuan Labuan, Datuk Mohd Rafi Ali Hasan ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Apresiasi Kanak Kanak Tabika KEMAS di sini, pada Isnin.

Beliau berkata, peruntukan itu telah pun diluluskan oleh KEMAS Wilayah Persekutuan dan kerja kerja menaik taraf akan dilaksanakan secara berperingkat bermula tahun ini yang dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

“Bermula tahun ini RM500,000 telah diperuntukan untuk kerja kerja menaik taraf 10 buah Tabika manakala selebihnya akan dilaksanakan pada tahun hadapan”,katanya.

Pada majlis itu seramai 245 kanak kanak Tabika berusia enam tahun dari 19 Tabika diraikan serta menerima sijil yang berlangsung di dewan Konvensyen Ujana Kewangan.

Terdahulu ketika berucap Mohd Rafi berkata, pendidikan awal kanak kanak memainkan peranan bukan sahaja dalam membentuk keperibadian kanak kanak tetapi juga melahirkan modal insan yang berguna untuk membangunkan negara pada masa depan.

“Dalam konteks ini KEMAS telah memainkan peranan penting sebagai institusi pendidikan awal yang berkualiti tinggi” katanya.

Hadir sama, Penolong Pengarah Kanan Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS Wilayah Persekutuan Suzana Idayu Abdul Shukor dan Pegawai KEMAS Daerah Labuan Gilbert Julian.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN