ADVERTISEMENTspot_img

150 pelajar SPM Labuan sertai Program Kem A+ anjuran YPM

Gambar Mohd Rafi (duduk tengah), Yahya ( duduk kiri sekali) bersama pelajar SPM yang menyertai Kem A+ anjuran YPM.

LABUAN: Seramai 150 pelajar yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di pulau ini terpilih untuk menyertai Program Kem A+ anjuran Yayasan Pendidikan MARA (YPM).

Program yang bertujuan untuk meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar telah dirasmikan majlis penutupannya oleh Pengerusi Penasihat Giat MARA Wilayah Persekutuan Labuan, Datuk Mohd. Rafi Ali Hassan di bilik Reflisia Ujana Kewangan di sini, baru baru ini.

Hadir sama Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Yahya Ahmad Putih.

Terdahulu Mohd Rafi ketika berucap mengucapkan syabas dan tahniah kepada pelajar yang terpilih kerana ia bukan sahaja untuk mendapatkan bimbingan akademik, malah memperolehi pelbagai kemahiran insaniah yang akan membantu persiapan pelajar untuk masa depan yang lebih cemerlang.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada YPM dan juga Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KDW) kerana memilih Labuan sebagai salah satu lokasi penganjuran program Kem A+ yang memberi manfaat kepada warga Labuan khususnya pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ini.

.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN