24.9 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Mei 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

130 Calon STPM Sabah Peroleh PNGK 4.00

CEMERLANG…Peto (tiga dari kiri) ketika menyampaikan sijil penghargaan kepada calon yang mendapat keputusan PNGK 4.00

KOTA KINABALU : Seramai 130 calon Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) Sabah 2023 memperolehi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah, Datuk Raisin Saidin berkata, pencapaian tersebut menunjukkan peningkatan seramai 55 calon mendapat PNGK 4.00 berbanding 75 calon bagi tahun sebelumnya.
“Dari segi pencapaian PNGK, secara keseluruhannya bilangan calon dan peratusan longgokan calon STPM 2023 meningkat sebanyak 459 calon atau 5.5 peratus mendapat PNGK 3.75 dan ke atas, 

PNGK 3.00 dan keatas 2,705 calon atau 32.6 peratus, bagi PNGK 2.75 dan ke atas sebanyak 1,113 calon dan PNGK 2.00 dan ke atas ialah 2,720 calon 

berbanding tahun 2022.
“Peratusan calon STPM 2023 yang memperoleh kelulusan penuh dalam lima mata pelajaran menunjukkan peningkatan sebanyak 0.21 peratus iaitu 4.84 peratus berbanding tahun 2022 sebanyak 4.63 peratus m

anakala peratus calon yang lulus penuh empat mata pelajaran meningkat daripada 68.59 peratus pada tahun 2022 kepada 70.21 peratus pada tahun 2023.

“Daripada 8,289 calon yang mendaftar, sebanyak 96.30 peratus atau 7,982 calon hadir untuk menduduki peperiksaan pada ketiga-tiga semester STPM 2023.

“Selain itu, sebanyak lapan buah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Negeri Sabahmenunjukkan pencapaian melepasi PNGK kebangsaan 2.84 manakala 13 buah PPD menunjukkan pencapaian melepasi PNGK negeri iaitu 2.76,” katanya semasa berucap dalam Majlis Pengumuman Keputusan STPM 2023 di Dewan Citra Kolej Tingkatan Enam, Kota Kinabalu pada Selasa.
Menurut beliau, daripada 7,982 calon yang hadir, sebanyak 

99.99 peratus atau 7,981 layak dianugerahkan sijil STPM 2023.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran JPN Sabah, Nurani Fauziah Derin.
Sementara itu, pelajar SMK Keningau II, Rica Riona Marius yang memperolehi PNGK 4.0 sangat bersyukur dengan keputusan cemerlang yang dicapai

 dan berharap untuk menjadi seorang guru suatu hari nanti.
Manakala, seorang lagi pelajar yang turut meraih PNGK 4.0 

dari SMK Umas-Umas Tawau, Nurul Syahira Ridzal Affendi menasihatkan mereka

 yang masih ada keraguan untuk mengambil STPM supaya jangan takut untuk meneruskan pelajaran.
Hadir sama dalam majlis tersebut, wakil Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, Peto Galim. – Penerangan

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN