31 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

ADUN Nabawan turun padang melawat tiga buah kampung terlibat PKPD

Ghani (dua dari kanan)meninjau kawasan yang dihalang dengan dawai berduri.

NABAWAN: Hari ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan Datuk Abdul Ghani Datuk Mohamed Yassin turun padang melawat tiga buah kampung yang terlibat dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD berikutan kluster Sinsingon pandemik COVID-19.

Dalam lawatan itu Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) sekali gus menyampaikan bantuan barang makanan kepada penduduk di tiga buah kampung berkenaan iaitu Kampung Sinsingon, Panabaan dan Lotong.

Selain menyampaikan bantuan kepada penduduk yang terlibat, Ghani turut menyampaikan bantuan yang sama kepada petugas frontliners di lokasi PKPD itu.

Menurut Ghani sehari selepas mengadakan lawatan di Daerah Kecil Pagalungan pada Sabtu beliau menerima aduan melalui aplikasi whatsapp dan facebook yang mengatakan penduduk yang terlibat mengalami kekurangan air dan barang makanan.

Ghani bersama rombongan memungga beras yang akan diagih-agihkan kepada penduduk yang terlibat dengan PKPD

“Sebaik sahaja kita mengetahuinya kita segera menyalurkan bantuan kepada mereka” katanya kepada wakil Borneo Daily Bulletin  selepas lawatan itu.

Beliau berkata, pihaknya bersama PKOB Daerah akan memastikan penduduk di tiga buah kampung yang terlibat dengan PKPD berikutan penularan mendedak jangkitan COVID-19 di kawasan itu sehingga mengwujudkan kluster mendapatkan bantuan sepanjang tempoh pelaksanaan PKPD.

Turut sama dalam lawatan itu, Penolong Pegawai Daerah Nabawan (Pembangunan Hasinin Kinsim, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM Nabawan Deckson Andipai,  Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Nabawan

Andy Fathmal Mohamad Ikhsan, dan Penolong Pegawai Pembangunan Daerah (ADDO Nabawan Jabat Majilon.

Pada hari yang sama Ghani menyumbang air minuman kepada petugas di Pejabat Kesihatan Nabawan yang disampaikan oleh PPM Nabawan Deckson Andipai. 

Jabatan Air Daerah Nabawan juga turut membekalkan air kepada penduduk kampung yang terlibat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN