26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Oktober 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

12 pelajar  kumpul dana infaq untuk  Klinik Rawatan UMSKAL

Dr. Hajah Haneffa (empat kanan) dan Pelajar Kursus Pengurusan Wakaf bersama peralatan kesihatan yang disumbangkan kepada Klinik Rawatan Warga UMSKAL

LANBUAN:  Seramai 12 pelajar Kursus Pengurusan Wakaf Program Kewangan Islam, Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL)  mengambil inisiatif untuk mengumpul dana infaq melalui Program KitaFund.

Sebahagian besar dari dana yang terkumpul itu bertujuan untuk membeli peralatan kesihatan Klinik Rawatan Kesihatan bagi keperluan warga UMSKAL.

Pensyarah Kursus Pengurusan Wakaf, Dr Hajah Haneffa  Muchlis Gazali berkata projek tersebut meerupakan inisiatif di bawah Projek SULAM iaitu kaedah pengajaran dan pembelajaran (PDP) yang mengabungkan hasil pembelajaran kursus dengan khidmat komuniti dalam kalangan Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Tambahnya, dana terkumpul digunakan untuk membeli peralatan kesihatan seperti kerusi roda, tongkat, pengusung, alat mampat panas dan sejuk, peti pertolongan cemas dan peti penyejuk.

“Projek ini adalah kerja khusus di bawah Kursus Pengurusan  Wakaf yang diambil pelajar pada semerter ini,” katanya dalam satu kenyataan  di sini, kelmarin.

Majlis penyerahan peralatan kesihatan itu disempurnakan oleh Ketua Projek Infaq UMSKAL, Ahmad Al-Nasyir Narawi kepada Ketua Sektor KRW Dr. Roy Matin Daya di KRW.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN