28 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 8, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

1,000 orang hadir meriahkan Majlis Gala Makan Malam Muhibah Sambutan Tahun Baru Cina 2025

Tiong menerima cenderahati daripada Wong selepas merasmikan Makan Malam Muhibah Sambutan Tahun Baharu Cina 2025.

LABUAN: Lebih 1,000 orang termasuk masyarakat Foochow dari Sabah dan Sarawak hadir memeriahkan Majlis Gala Makan Malam Muhibah sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2025 yang diadakan di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan Labuan, pada Sabtu lalu.

Majlis anjuran Gabungan Persatuan Foochow Sabah dan Labuan itu telah dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Sri Tiong King Sing.

Hadir sama, Presiden Gabungan Persatuan Foochow Sabah dan Labuan, Datuk Wong Kii Yii, Konsulat Republik Rakyat China di Kota Kinabalu, OiYang HuiFeng, Konsulat Republik Indonesia di Kota Kinabalu, Bapak Rafail Walangitan, Ketua Ketua Masyarakat Foochow Sabah dan Labuan, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Sukuran Taib.

Terdahulu, Tiong yang juga Presiden Persatuan Foochow Malaysia mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak penganjur yang berjaya menghimpunkan masyarakat Foochow dan pelbagai etnik dari Sabah dan Labuan serta masyarakat Sarawak yang telah menetap di Labuan.

Tiong (enam Dari kanan), Wong (Lima dari kanan) bersama tetamu lain mengaul Yee Sang sebagai tanda simbolik Sambutan Tahun Baharu Cina 2025.

“Majlis ini secara tidak langsung bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan dan kerjasama antara masyarakat Foochow Sabah dan Labuan tetapi juga dengan etnik lain yang mengutamakan semangat perpaduan dan kebersamaan antara satu sama lain” katanya.

Tiong yang juga Ahli Parlimen Bintulu Sarawak yakin kehadiran Tahun Baharu Cina pada tahun ini akan dapat memberikan kesejahteraan dan keharmonian serta peningkatan ekonomi yang lebih positif kepada rakyat di negara ini.

Pada majlis itu beliau turut menyampaikan sumbangan dana sebanyak RM50,000 kepada Gabungan Persatuan Foochow Sabah dan Labuan serta menyampaikan sijil lantikan Presiden Tetap Foochow Sabah dan Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN