31 C
Kota Kinabalu
Isnin, April 21, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

100 peratus Penduduk Dewasa Labuan lengkap dua dos vaksin

LABUAN: Wilayah Persekutuan Labuan sekali lagi mencatatkan sejarah apabila pada Selasa (7 September) Pulau Bebas Cukai itu merekodkan 100.5 peratus penduduk dewasanya  telah lengkap menerima dua dos vaksin.

Ini bermakna  68,500 penduduk yang layak menerima vaksin telahpun lengkap sepenuhnya.

Berikutan pencapaian itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), Rithuan Mohd Ismail  menzahirkan ucapan terima kasih kepada warga Labuan yang memberikan kerjasama yang cukup baik  dalam usaha merealisasikan Labuan mencapai sepenuhnya dua dos lengkap vaksin  100 peratus.

“Hari ini Labuan telahpun mencapai sepenuhnya  100 peratus  imuniti kolompok  (lengkap dua dos), kejayaan ini adalah hasil daripada kerjasama dan komitmen  yang baik daripada seluruh warga Labuan  untuk sama sama  mengawal penularan wabak COVID 19  dengan menjayakan Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan  yang dijalankan sebelum ini”, katanya di sini, kelmarin.

Rithuan yang juga Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan turut menjelaskan ketika ini JPBD bersama Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) Labuan  telah menyusun atur program pemberian vaksin  untuk  remaja berumur 16 dan 17 tahun dan seterusnya kepada 12 tahun ke bawah.

“Untuk Wilayah Persekutuan Labuan di bawah JPBD telahpun merangka persiapan untuk melaksanakan  program pemberian vaksin  untuk remaja berumur 16 dan 17 tahun seperti yang dilaksanakan  ketika ini di Sarawak’, katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN