28 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mac 10, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

𝐇𝐚𝐧𝐧𝐚𝐡 𝐘𝐞𝐨𝐡 𝐟𝐨𝐤𝐮𝐬 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐢𝐧𝐟𝐫𝐚𝐬𝐭𝐫𝐮𝐤𝐭𝐮𝐫 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐤𝐞𝐬𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐫𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐋𝐚𝐛𝐮𝐚𝐧

Hannah diberikan taklimat oleh Pengarah Bhagian Bekalan Air Labuan, Trinil Indah Puspita Herry Sunjoto ketika meninjau Projek Pembinaan Tangki Simpanan Air di Taman Mutiara Sungai Bedaun

𝐋𝐀𝐁𝐔𝐀𝐍: 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐃𝐢 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 (𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧), 𝐇𝐚𝐧𝐧𝐚𝐡 𝐘𝐞𝐨𝐡 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐣𝐚𝐦𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐟𝐨𝐤𝐮𝐬 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐥𝐢𝐭𝐢 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐬𝐮𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐩𝐫𝐨𝐣𝐞𝐤 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫 𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐤𝐞𝐬𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐫𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐋𝐚𝐛𝐮𝐚𝐧.

Beliau berkata tumpuan utamanya ialah lebih memberi perhatian kepada aspek asas yang menjadi keperluan rakyat Labuan terutamanya yang berkaitan dengan bekalan air selain mengukuhkan ekonomi Labuan yang lebih mampan.

“Fokus kita sekarang adalah memperkasakan kestabilan bekalan air dulu dan ketika ini kita sedang bekerja rapat dengan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bagi memastikan kestabilan bekalan air dapat disegerakan’,

” Semestinya untuk meningkatkan ekonomi yang lebih mampan kestabilan bekalan air menjadi keutamaan terutamanya dalam membangunkan industri baharu mahupun yang sedia ada” katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi cadangan pembinaan tangki simpanan Air di Taman Mutiara di sini, pada Sabtu.

Terdahulu sebelum itu, Hannah Yeoh yang baru sahaja dilantik Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang menjaga hal ehwal Wilayah Persekutuan turut meninjau dua lagi projek perancangan
Perbadanan Labuan masing masing Projek Pembinaan Cell Sanitary Landfill dan Projek Naik Taraf Loji Rawatan Leatchate di Tapak Pelupusan Sampah Bukit Kalam serta Projek Pembangunan Kawasan Eko Pelancongan dan Kemudahan Rekreasi Awam di Jalan Pesisir Pantai Negalang.

Hadir sama, Ahli Parlimen Labuan Datuk Indera Suhaili Abdul Rahman, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Datuk Indera Noridah Abdul Rahim dan Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Mohd Husni Muhammad Salleh.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN