30 C
Kota Kinabalu
Isnin, Mei 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

TEKUN Nasional salur RM8.05 bilion kepada 543,657 usahawan

Ewon menyampaikan cek kepada salah seorang usahawan TEKUN Nasional daerah Nabawan

NABAWAN : TEKUN Nasional telah menyalurkan sebanyak RM8.05 bilion kepada 543,657 orang usahawan melalui 170 cawangan seluruh Negara sejak ia ditubuhkan pada tahun 1998 sehingga Disember 2022,

Ini termasuklah pembiayaan kepada masyarakat India sebanyak RM396.8 juta dengan 23,017 peniaga dalam Program Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) yang diperkenalkan pada tahun 2008.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia ( KUSKOP) Datuk Ewon Benedick, berkata, daripada jumlah itu TEKUN Nasional telah berjaya mengutip bayaran balik sebanyak RM6.1 bilion.

Katanya, jumlah kutipan ini juga telah dipinjamkan semula (role-over) sebagai pembiayaan kepada usahawan menjadikan jumlah keseluruhan pembiayaan yang TEKUN Nasional keluarkan sebanyak RM8.05 bilion berbanding peruntukan yang disediakan sebanyak RM4 bilion.

Ewon berkata, bagi Negeri Sabah TEKUN Nasional telah menyalurkan RM831.9 juta pembiayaan kepada 58,516 usahawan sejak penubuhannya sehingga kini.

Jelasnya, terdapat beberapa pembiayaan disediakan TEKUN Nasional iaitu, Skim Pembiayaan Kontrak-i iaitu program jangka pendek selama 6 bulan secara informal dan mikro kepada usahawan Bumiputera membabitkan peruntukan RM1.18 bilion, manfaat ini diterima oleh 11,545 usahawan tersebut sementara teramai usahawan adalah di Sabah iaitu seramai 2520 orang dengan nilai peruntukan RM260.6 juta.

“TEKUN Nasional juga telah menaikkan had pembiayaan kepada RM200 ribu mulai Januari 2023 kepada golongan kontraktor Bumiputera,

“Program kedua ialah Program Groombig dimana Kementerian KUSKOP mengambil inisiatif mewujudkannya bagi tujuan membantu usahawan dibawah agensinya untuk mendapat pembiayaan yang lebih besar, latihan dan pembangunan kapasiti serta produk usahawan yang disediakan, justeru itu bagi memudahkan kepada peminjam yang rekod pembayarannya baik, mereka boleh meminjam sehingga sebanyak RM100 ribu,” katanya semasa berucap merasmikan Pejabat TEKUN Nasional Cawangan Pensiangan di sini Jumaat lepas.

Pada masa sama Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, KUSKOP telah mencadangkan agar agar Skim Pembiayaan TEKUN Pasar Tamu untuk membantu usahawan informal dan mikro di Borneo khususnya di Wilayah Sabah dan Sarawak agar diwujudkan khusus kepada peniaga pasar tamu yang hanya memerlukan sedikit pembiayaan.

Dalam pada itu katanya, dalam bajet 2023, kerajaan telah memperuntukkan RM320 juta kepada TEKUN Nasional bagi membantu usahawan informal dan mikro dalam perniagaan.

“KUSKOP juga telah membuat permohonan tambahan melalui 185 inisiatif belanjawan 2023 berjumlah RM666 juta. Permohonan tersebut adalah termasuk program baru yang dikenali sebagai Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) yang berjumlah RM20 juta” katanya.

Hadir sama sempena majlis itu ialah Timbalan Menteri Sains dan Inovasi Merangkap Ahli Parlimen Pensiangan Datuk Arthur Joseph Kurup, Ahli Dewan Undangan Negeri Nabawan, Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin, Senator Datuk Bobbey A Suan dan Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif TEKUN Nasional Dato Adam Bin Abd Ghani,

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN