Abidin, Jonathan dan lain-lain dalam acara memotong kek sempena majlis tersebut di sini baru-baru ini
RANAU: Cadangan pengujudan Jawatankuasa Komuniti Desa Madani (JKDM) merupakan satu strategi politik lawan yang sengaja mahu memecah belah kesatuan kampung, kata Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir.
“Mengenai cadangan pengujudan JKDM, ia sepatutnya tidak lakukan kerana sudah tentunya ia memecah belah kesatuan kampung yang sudah mempunyai JKKK yang bertanggungjawab mengurus kemajuan dan keselamatan kampung.
“Ordinan Pentadbiran Luar Bandar telahpun diluluskan dan institusi pentadbiran kampung sudah dimuktamadkan melalui JKKK. Justeru tidak ada keperluan Iagi untuk mengujudkan satu Iagi badan pentadir kampung.
“Tindakan berkenaan sudah tentu akan medatangkan banyak masalah dan kekeliruan. Justeru kita melihat ini sebagai satu strategi politik lawan yang sengaja memecah belah kesatuan kampung,” katanya.
Abidin yang juga merupakan Naib Presdien StarSabah dan Adun Paginatan berkata, beliau akan pulangkan kepada Kerajaan Negeri bagaimana menangani masalah berkenaan penubuhan JKDM itu.
Beliau bercakap Ketika merasmikan Majlis Silaturahim Setiausaha JKKK DUN Paginatan yang diadakan di Markas Star Paginatan dekat sini baru-baru ini.
Dalam majlis itu, para Setiausaha JKKK DUN Paginatan disarankan supaya sentiasa memberi Kerjasama kepada Pengerusi-Pengerusi masing-masing untuk memantapkan lagi pentadbiran kampung.
“Kerjasama di antara Setiausaha dan Pengerusi kampung amat penting untuk melicinkan urusan pentadbiran kampung. Juga perlu ada Kerjasama di antara JKKK dengan Ketua Kampung supaya tidak timbul perselisihan faham.
“Majlis Setiausaha adalah mata dan telinga kerajaan untuk mengenalpasti masalah kampung. Kerajaan mengharapkan sokongan 100% daripada Majlis Setiausaha untuk melaksanakan agenda pembangunan kerajaan.
“Bukan itu saja, para Setiausaha JKKK juga harus sentiasa memainkan peranan untuk menyampaikan agenda kerajaan kepada penduduk kampung,” katanya
sambil menjelaskan bahawa kehadiran MP Ranau Datuk Jonathan Yasin di majlis itu menunjukkan adanya persefahaman yang cukup kuat di kalangan Ahli-Ahli Yang Berhormat di kawasan Ranau.
Abidin mengucapkan tahniah atas inisiatif Setiausaha-Setiausaha JKKK DUN Paginatan atas kejayaan mengadakan majlis yang amat bermakna itu di mana semua yang hadir dapat berinteraksi di antara satu sama lain dan boleh bertukar pendapat bagaimana menjalankan tugas sebagai Setiausaha JKKK dengan lebih baik lagi.
Pengerusi Penganjur, Siti Saltiah Mohd Nasir berkata, tujuan majlis itu diadakan adalah untuk bersuai-kenal di kalangan semua Setiausaha-Setiausaha JKKK DUN Paginatan dengan Wakil Rakyat dan pemimpin-pemimpin di DUN Paginatan.
Turut hadir di majlis itu, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Paginatan Hishamudin Harun, Pengerusi Ko Nelayan Kong Soon Choi, Pegawai Khas kepada Datuk Abidin Madingkir Juis Konsuling, Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau Benedick Gunda, CDO Jipili Sigal dan lain-lain.