31 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Masidi sempurnakan pecah tanah Projek Infrastruktur bekalan air Ranau bernilai RM 63.8 Juta

Masidi ketika menyempurnakan pecah tanah projek bekalan air baharu di Ranau, pada Ahad

RANAU: Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun telah melancarkan Projek Infrastruktur yang bernilai RM 63.8 Juta bagi membantu warga Ranau mendapat bekalan air bersih dan selamat.

Dalam Majlis Pecah Tanak Projek Pemasangan Paip Air Mentah baharu dari Sumber Muka Sauk Kg Mamut Ulu ke Loji Rawatan Air baharu Daerah Ranau, Masidi berkata kerja-kerja pemasangan paip air dari Sungai mamut ke Pusat Rawatan Air yang baru di Lohan sudah bermula sejak Jun 2023 dan dijangka siap pada Disember 2025.

Masidi juga berkata bahawa projek ini penting untuk meningkatkan bekalan air terawat di beberapa kawasan seperti Pekan Ranau, Lohan, Poring dan kawasan jalan Ranau menuju Sandakan.

“Setelah siapnya nanti, loji rawatan air baharu ini akan membekalkan bekalan air bersih kepada penduduk sekitar Pekan Ranau walaupun berada dalam cuaca buruk yang menyebabkan Sungai Liwagu banjir, sehingga menjejaskan loji rawatan air di Kimolohing.
“Selain itu, projek ini juga mampu mengeluarkan lima juta liter air sehari,” katanya.

Loji Rawatan Air yang baru ini dianggarkan mampu menghasilkan 5 Juta Liter air terawat setiap hari. Progres kerja pembinaan sudah berada pada tahap 29% hingga kini.

Turut hadir dalam majlis tersebut; YB Datuk Jonathan Yasin (Ahli Parlimen Ranau), YB Datuk Limus Jury (Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah), YB Datuk Amisah (ADUN Dilantik), Tn Hj Suhaimi Hj. Asbullah (Pengarah Jabatan Air Sabah), Datuk Jimmy Tham (Ketua Kapitan Cina) dan Tn Tinus Manggam (Pegawai Daerah Ranau).

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN