Dody bersama Dr Hamidah, Dr Linah, Mohd Taufik dan lain-lain di dalam program itu
KOTA KINABALU: Kira-kira 150 Wikimedian telah menyertai Persidangan Asia Timur, Tenggara dan Pasifik (ESEAP) yang diadakan di Hotel Le Meridien, Kota Kinabalu pada10 Mei sehingga 12 Mei 2024 baru-baru ini.
Persidangan yang menjadi persidangan serantau ketiga untuk komuniti Wikimedia di seluruh rantau ESEAP ini membawa tema “Kerjasama Melangkaui Ufuk” yang bertujuan untuk untuk menggalakkan para peserta untuk mengukuhkan lagi kolaborasi dengan komuniti.
Persidangan ini berfungsi sebagai platform untuk memulakan perjalanan melangkaui ufuk dan membuka potensi penuh kolektif, berimpak dan pertumbuhan yang mampan.
Pada persidangan tersebut, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Kent telah di jemput untuk turut serta memberikan perkongsian.
Pengarah IPGM Kampus Kent Dr Hamidah Binti Samsudin telah memberi perkongsian dengan tajuk, “WIKIMEDIA: Bridging IPGM Kent Campus With The Community”, yang mengetengahkan aspek kolaborasi antara IPGM Kampus Kent dengan komuniti dalam dan luar dari kampus sehinggalah ke peringkat antarabangsa.
Ketua Jabatan Bahasa Kadazandusun Kampus Kent Dr Linah Bagu pula memberikan perkongsian yang bertajuk, “Wikimedia’s role in collaborating with IPGM Kent Campus to promote and preserve the Kadazandusun Language”.
Perkongsian ini mengetengahkan bagaimana Wikipedia ini menjadi salah satu platform yang sangat bermakna dalam usaha untuk memartabatkan dan melebarkan sayap Bahasa Kadazandusun (BKD) melalui perkamusan dan penulisan artikel BKD di platform Wikikamus dan Meta-Wiki khusus untuk Bahasa Kadazandusun yang telah dimulakan sejak 11 November 2022.
Dalam program itu juga, wakil siswa guru pula adalah Jurina Jonimin dan Jilorisa John, mengongsikan tentang “Kent Wiki Club” IPGM Kent Campus: Globalizing Kadazandusun Language and Culture Via Wikimedia ESEAP” .
Perkongsian mereka mengetengahkan usaha-usaha Kelab Wiki Kent untuk mengantarabangsakan bahasa dan budaya Kadazandusun.
Perkongsian dari IPGM Kampus Kent ini bersesuaian dengan tema persidangan ESEAP 2024 yang menggalakkan setiap Wikimedian dapat bekerjasama dan berkongsi aktiviti-aktiviti bermanfaat bukan sahaja kepada komuniti dalaman tetapi juga komuniti luar.
Sementara itu, Presiden Wikimedia Community User Group Malaysia (WCUGM), Dody Ismoyo memberitahu bahawa beliau sangat tertarik dan meluahkan penghargaan kepada pihak IPGM Kampus Kent kerana begitu cepat berkembang walaupun Kelab Wiki Kent baharu sahaja dilancarkan secara rasminya iaitu semasa Persidangan Wikimania Singapura pada 18 Ogos 2023.
“Kepesatan ini menujukkan bahawa IPGM Kampus Kent yang merupakan Tier 1 untuk BKD begitu komited dengan usaha untuk memastikan BKD tetap gah dan menjadi salah satu bahasa yang menjadi pilihan ramai untuk dipelajari.
“Ini akan seterusnya memantapkan lagi serta mengekalkan BKD ini selamanya sepertimana slogan JBKD untuk BKD iaitu, “Atagak nopo Boros, Atagak no Tinaru”(Hilang Bahasa, Hilang Bangsa) dan “Okon nopo ko yati, Isai po” (Kalau bukan kita, siapa lagi),” katanya.
Persidangan selama 3 hari ini turut disertai oleh 14 siswa guru dari PISMP BKD Ambilan Jun 2021/2025 dan PISMP BKD Ambilan Jun 2021/2026 dari IPGM Kampus Kent yang telah dilantik oleh pihak WCUGM bersama dua pensayarah JBKD iaitu Dr Rosie Johnny dan Rosmahwati Binti Ebbie.
Selain itu, persidangan ini juga turut disertai oleh Wikimedia dari seluruh negara ESEAP dengan harapan supaya BKD akan terus melebarkan sayapnya ke seluruh pelusuk dunia.