Simbolik penyerahan kerja kerja mencantikkan fasiliti gerai Belada Sunset Beach
LABUAN:Persatuan Penggiat Media Labuan dengan kerjasama Persatuan Kontraktor G1 serta sokongan Tourism Malaysia Labuan telah melaksanakan Tanggung Jawab Sosial korporat (CSR) mengindahkan dan mencatikkan fasiliti gerai komuniti Belada Sunset Beach Kampung Sungai Lada menerusi Program Senergi Citra Komuniti.
Sebanyak 6 buah gerai makanan yang di bangunkan atas inisiatif peniaga Kampung Sungai Lada telah diceriakan semula dengan mengecat dan mencantikkan fasiliti yang terdapat di gerai berkenaan.
Kerja kerja mengindahkan dan mencantikkan fasiliti gerai tersebut melibatkan lebih 10 orang ahli ahli Persatuan Kontraktor G1 dan juga pemilik gerai berkenaan.
Inisiatif ini juga secara tidak langsung menyerlahkan lagi potensi Belada Sunset Beach sebagai destinasi santai dan lokasi menikmati keindahan matahari terbenam, sekali gus merancakkan aktiviti ekonomi peniaga setempat.
Dalam waktu yang sama usaha tersebut dapat meningkatkan imej dan daya tarikan estetika Pantai Kampung Sungai Lada sebagai salah satu destinasi tumpuan pelancongan.
Majlis simbolik penyerahan kerja kerja mengindahkan fasiliti gerai berkenaan telah diadakan pada Ahad kepada wakil pemilik gerai.
Hadir sama menyaksikan majlis ringkas itu, Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Labuan, Ruddyansjah Mathar Hams, Pengerusi Persatuan Kontraktor G1, Haji Chemat Haji Mustapha, Pengurus Tourism Malaysia Labuan, Sharon Kenny dan Pengerusi Persatuan Penggiat Media Labusn, Jainudin Djimin serta wakil Ketua Kampung Sungai Lada, Hashim Zakaria.



