24.9 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Mei 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

StarSabah akan tetap berkerjasama dengan PBS demi kemenangan GRS: John

Jahid, John dan lain-lain semasa perjumpaan itu


TAMPARULI: Parti Solidariti Tanah Airku (StarSabah) akan tetap berkerjasama dengan Parti Bersatu Sabah (PBS) bagi memenangkan calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam Pilihanraya Negeri (PRN) akan datang.


Demikian dijelaskan oleh Ketua StarSabah Bahagian Tamparuli, John Jinitoh semasa kunjungan bersama dengan ADUN N14 Tamparuli YB Datuk Jahid Jahim di sini baru-baru ini.


Kunjungan yang turut disertai para Ahli Jawatankuasa (AJK) StarSabah Bahagian Tamparuli itu berlangsung selama lebih dua jam dari jam 9.30am sehingga jam 11am.


“Intipati perbincangan dalam perjumpaan itu lebih kepada perjumpaan (kunjungan hormat) dan memperkenalkan barisan AJK StarSabah Tamparuli, AJK Wiramuda, AJK Wiranita dan juga Ketua-Ketua Biro.


“Selain itu kita telah mengulas tentang pendirian kita untuk tetap berkerjasama kepada PBS di Tamparuli pada PRN yang akan datang.


“Kita menyatakan kesediaan untuk terus membantu wakil rakyat untuk melawat Kawasan-kawasan yang ada membuat aduan kepada saya sendiri,” katanya.
John memberitahu bahawa niat mereka adalah untuk membantu supaya tidak ada rakyat yang terabai, memandangkan, adalah amat sukar untuk menjangkau semua rakyat di Tuaran.


“Keluasan Daerah Tuaran adalah 1,166km persegi sedangkan jumlah ADUN hanyalah empat orang. Jika dibandingkan dengan negeri Pulau Pinang, ia berkeluasan 1,022km persegi dan jumlah ADUN adalah sebanyak 44 orang,” katanya.


Perjumpaan tersebut juga adalah susulan perkembangan politik baru-baru ini di mana, PBS dan Starsabah secara rasminya memulakan kolaborasi politik yang dikenali sebagai BERSATU-SOLIDARITI (BEST).


Kedua-dua parti dalam GRS itu menandatangani MOU kerjasama pada upacara yang diadakan di Unity Hall, Hongkod Koisaan KDCA, disaksikan oleh Penasihat Perdana PBS, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, antara lain.


MOU tersebut ditandatangani oleh Timbalan President PBS, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam yang mewakili Presiden Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili, bersama Setiausaha Agung PBS, Datuk Julita Majungki bagi pihak PBS, dan Presiden Starsabah, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan dan Setiausaha Agung Starsabah, Datuk Edward Linggu bagi pihak Starsabah.


BEST berteraskan kepada lima aspek utama iaitu; Mengukuhkan kolaborasi dan kerjasama politik; Bekerjasama dan berkolaborasi dalam menyelesaikan isu-isu utama Sabah; Penubuhan Majlis Pimpinan Bersama (JLC) antara PBS dan Starsabah; Perkongsian Maklumat dan Latihan Kepimpinan; dan Penubuhan Jawatankuasa Strategik.


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN