Sebahagian individu warga yang China dan Vietnam yang dituduh dalam aktiviti penipuan dalam talian.
LABUAN: Seramai 49 daripada 57 warga asing yang dituduh terlibat menjalankan aktiviti penipuan pelaburan dalam talian (scammer) yang dilakukan di sebuah hotel baru baru ini mengaku tidak bersalah.
43 daripada mereka tidak ditawarkan ikat jamin dan ditahan reman mengikut Seksyen 259 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ). Manakala enam lagi dikenakan ikat jamin sebanyak RM8, 000 setiap seorang oleh empat orang penjamin warga tempatan yang mempunyai pekerjaan tetap. Kesemua mereka adalah warganegara China.
Sementara itu, lapan lagi (warga Vietnam) yang turut terlibat dalam kes tersebut mengaku bersalah dan telah dijatuhi hukuman 2 bulan penjara.
Kesemua mereka dihadapkan ke Makamah Mejistret pada Selasa atas pertuduhan menjalankan aktiviti penipuan pelaburan secara atas talian di Bawah Seksyen 120B (2) Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Hakim Mahkamah Majistret, Dr Malissa Chia Fui Fung menetapkan 8 Julai 2026 sebagai sebutan semula kes.



