ADVERTISEMENTspot_img

𝐊𝐏𝐃𝐍 𝐋𝐚𝐛𝐮𝐚𝐧 𝐬𝐢𝐚𝐬𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐢 𝐒𝐞𝐫𝐛𝐚𝐧𝐞𝐤𝐚 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐚𝐦𝐞𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐫𝐚𝐬

Pegawai Penguatkuasa ketika melakukan siasatan keatas kedai serbanika berkenaan.

𝐋𝐀𝐁𝐔𝐀𝐍: 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐠𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐬 𝐒𝐚𝐫𝐚 𝐇𝐢𝐝𝐮𝐩 (𝐊𝐏𝐃𝐍) 𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐛𝐮𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐢𝐚𝐬𝐚𝐭 𝐚𝐝𝐮𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐬𝐞𝐛𝐮𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐝𝐚𝐢 𝐬𝐞𝐫𝐛𝐚𝐧𝐢𝐤𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐥𝐚𝐩𝐨𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐚𝐦𝐞𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐫𝐚𝐬 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐬𝐢𝐧 𝐢𝐦𝐛𝐚𝐬 𝐝𝐢 𝐤𝐚𝐮𝐧𝐭𝐞𝐫 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐚𝐲𝐚𝐫𝐚𝐧.

Pengarah KPDN Wilayah Persekutuan Labuan, Junaidah Arbain berkata, bertindak atas maklumat itu, sepasukan pegawai dari Bahagian Penguat Kuasa telah menjalankan pemeriksaan pada hari sama semasa maklumat diterima.

“Hasil dari pemeriksaan mendapati peniaga serbaneka tersebut mempamerkan harga RM 2.20 pada pembungkus barang yang dipamerkan namun semasa proses pembayaran di kaunter, terpapar harga RM2. 80 ketika diimbas melalui sistem kaunter.

” Keadaan ini menunjukkan wujudnya paparan harga yang tidak selaras yang boleh mengelirukan penguna,”, katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Sehubungan itu katanya, peniaga berkenaan disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Perenggan 12(1)(a) Akta Perlindungan Pengguna 1999 [Akta 599] kerana memberi gambaran mengelirukan mengenai harga barang yang dipamerkan untuk tujuan perdagangan.

Barangan terlibat telah disita bagi tujuan siasatan lanjut di bawah akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, peniaga boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 145 Akta 599 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama, dan denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan berikutnya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan para peniaga supaya memastikan paparan harga pada barang adalah jelas, tepat dan selaras dengan harga yang dikenakan di kaunter pembayaran bagi mengelakkan kekeliruan kepada pengguna serta tindakan undang-undang.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN