Wong (tengah) bersama Abd. Rahman ketika melancarkan Program Ops Siap Siaga dan Kempen Keselamatan Kebakaran Sempena Raya 2026 di Komoleks Ujana Kewangan Labuan baru baru ini..
𝐋𝐀𝐁𝐔𝐀𝐍: 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐁𝐨𝐦𝐛𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚(𝐉𝐁𝐏𝐌) 𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐛𝐮𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐢𝐚𝐩 𝐬𝐢𝐚𝐠𝐚 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐧𝐜𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐛𝐚𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐩𝐚𝐧𝐣𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐮𝐬𝐢𝐦 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐁𝐚𝐫𝐮 𝐂𝐢𝐧𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐑𝐚𝐲𝐚 𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥𝐟𝐢𝐭𝐫𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐚𝐤𝐚𝐥 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠.
Demikian kata Pengarah JBPM Labuan, Abd Rahman Ali ketika berucap pada Majlis Pelancaran Ops Siaga Raya dan Kempen Keselamatan Kebakaran Sempena Sambutan Raya 2026, disini baru baru ini.
Abd. Rahman berkata, bagi memastikan kesiapsiagaan itu berjalan dengan lancar dan dan tersusun pihaknya telah membekukan 70 peratus cuti pegawai dan anggota sepanjang sambutan perayaan penting itu,
Beliau juga berharap melalui kempen tersebut dapat pihaknya meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat serta mengurangkan kes kebakaran sepanjang musim perayaan.
“JBPM Labuan akan memperkukuh pencegahan, pemantauan dan penguatkuasaan selain akan terus memperkasa kerjasama antara agensi, sektor swasta dan komuniti”, katanya.
Tambahnya, sepanjang musim perayaan, aktiviti domestik dan komersial meningkat, sekali gus risiko kebakaran juga meningkat.
Justeru itu anggota yang bertugas sentiasa melakukan rondaan berkala bagi memastikan tindakan pantas dapat diambil sekiranya berlaku sebarang bencana.
“Jadual rondaan dibuat secara berkala bagi ketiga-tiga balai bagi memastikan tindakan respon yang cepat sekiranya berlaku insiden katanya.
Program tersebut turut menyediakan pelbagai aktiviti yang melibatkan penyertaan
komuniti telah disempurnakan oleh Penguasa Kanan Bomba Satu (Kehormat) merangkap Pengerusi Dewan Perniagaan Tionghua Labuan Datuk Wong Kii Yii.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Financial Park Labuan Johari Mesar dan Pegawai Polis IPD Labuan ASP Vernon Sinclair.



