TAHNIAH…Zyee bersama hadiah yang dimenangi selepas dinobat Johan Anugerah Belia Negara kategoti Individu Wanita Negeri Sabah 2020.
LABUAN: Zyee Faiezah Dullie Marie dinobat sebagai pemenang johan Anugerah Belia Negara kategori individu wanita peringkat Negeri Sabah 2020.
Beliau yang bertugas sebagai Ketua Jabatan Komunikasi Korporat di Syarikat Labuan Shipyard & Engineering Sdn.Bhd, Wilayah Persekutuan Labuan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 dan tropi.
Zye pemeggang ijazah perniagaan dari Universiti Of Sourthern Queensland Australia 2006 diumumkan sebagai johan pada Majlis Penyampaian Hadiah Anugerah Perdana Belia Negara Sempena Sambutan Hari Belia peringkat Negeri Sabah 2020 yang berlangsung di salah sebuah hotel di Kota Kinabalu baru baru ini.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah, Datuk Elliron Alfred Angin.
Anak kelahiran Kota Kinabalu Sabah ini menerima anugerah tersebut berikutan beliau seorang yang aktif dalam bidang kesukarelawan termasuk dalam persatuan yang diceburinya iaitu Junior Chamber International (JCI) Sabah.
Beliau telahpun bergerak ke pelusuk negeri dan juga luar negara mengikuti pelbagai persidangan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Antaranya mengetuai rombongan JCI (Kawasan Sabah) ke peringkat Asia di persidangan JCI Asia Pasifik di Jeju Korea Selatan pada tahun 2019.
Sementara itu beliau juga aktif dalam aktiviti kemasyarakatan antaranya pernah dilantik sebagai Pengerusi Penganjur Fund Rising Dinner untuk mengutip dana bagi Persatuan YMCA Kinabalu Deaf Club dan juga Pengerusi dalam mendapatkan dana Recyling Paper 2018 dengan melaksanakan perjanjian persefahaman (MoU) membabitkan enam buah bank di Kota Kinabalu.
Sementara itu Bagi kategori lelaki individu Anugerah Belia Negara peringkat Negeri Sabah 2020 dimenangi oleh Azuan Marjan @ Norjan dari Kota Belud Sabah.