28.4 C
Kota Kinabalu
Rabu, Julai 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Zunaidi, Dg Salihah Beraksi di MTQ Negeri

Zunaidi@ Ady Misdaranai Johan Tilawah MTHQ PBS memperdengarkan bacaan ayat suci Al-quran

TUARAN:  Qari, Zunaidi @Ady Misdaranai dan qariah, Pangiran Dg Saliah Awang Salleh akan beraksi dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Sabah pada 14 Februari ini.

Kedua-dua peserta berpengalaman itu terpilih selepas menjuarai kategori masing-masing semasa Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Pantai Barat Selatan (PBS) di Dewan Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Sama, pada Selasa sekali gus memberi saingan sengit kepada 10 lagi peserta lain melibatkan enam zon di Dewan Sa’adah Wis

ma MUIS. Selain itu, hafiz Tahap 2, Aznil Bhatt Taripin dengan markah 90.55 peratus menewaskan Ag Muhammad Qalis Ag Ramlee dan Ammar Baihaqi Saharudin juga layak bertanding di peringkat negeri mulai 13 Februari. 


Sementara, beberapa nama lain terkandas akibat markah yang tidak mencapai tahap yang ditetapkan iaitu johan hafazan tahap 1, Mohammad Aidil Karim (hafiz) dan Fariha Noorakma Murjim (hafizah), johan hafazan tahap 2, Nur farah Ashikin Sabran (hafizah) dan johan hafazan tahap 3, Izzah Natashah Putri Wisnu Putra (hafizah).


Turut tidak layak bertanding di peringkat negeri ialah tiga qari tilawah remaja iaitu Syafiqur Rahman Adha Amiruddin, Muhammad Arif Jamil dan Ahmad Naufal Nahar.


Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn Bhd, Datuk Jasnih Daya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri N.15 Pantai Dalit.Turut hadir dalam majlis tersebut Penolong Pegawai Daerah Tuaran yang juga Pengerusi Penganjur MTHQ PBS, Alfian Rahim./Penerangan-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN