25 C
Kota Kinabalu
Isnin, Jun 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

ZON PEKAN MUNCUL JUARA, KEJOHANAN LIGA BOLA SEPAK TERBUKA PSKPP DAERAH

Gambar atas: Zon Pekan, Juara Liga Bola Sepak Terbuka PSKPP

Ranau: Pasukan Zon Pekan muncul juara liga kejohanan Bola Sepak Terbuka PSKPP peringkat daerah yang berlangsung selama dua hari di padang Kampung Lohan baru-baru ini. Zon Pekan merekodkan 1 kali menang, 2 kali seri, 1 kali kalah, 6 jaringan dan 6 bolos dengan jumlah mata keseluruhan 5.

Zon Kinabalu menuduki tempat yang kedua dengan 1 kali menang, 1 kali seri, 2 kali kalah, 6 jaringan, 7 bolos dan agregat 5.

Gambar bawah: Naib Juara, Zon Kinabalu, dan gambar atas: Zon Ulu Sugut menduduki Tempat Ketiga

Manakala tempat yang ketiga dimenangi oleh pasukan Zon Ulu Sugut dengan 1 kali menang, 1 kali seri, 2 kali kalah, 4 jaringan, 5 bolos dan agregat 4.

Menurut Pengurus Teknik Bola Sepak Terbuka, Affenday Lasiman, kejohanan bola sepak liga tersebut bertujuan memilih wakil daerah ke Kejohanan Bola Sepak Terbuka PSKPP Peringkat Negeri yang akan diadakan pada 28-29/3/2022 di daerah Tuaran sebagai tuan rumah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN