ADVERTISEMENTspot_img

Labuan raih 10 anugerah individu, Nadwah Kepimpinan Islam Generasi MADANI

Peserta Labuan yang menyertai Program Nadwah Kepimpinan Islam Generasi MADANI di Kuching Sarawak.

LABUAN: Kontinjen Wilayah Persekutuan Labuan mencatat kejayaan membanggakan apabila meraih 10 dari 22 anugerah individu dalam Nadwah Kepemimpinan Islam Generasi MADANI (NKIGM)
Sekolah Menengah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Peringkat Kebangsaan 2026.

Program yang bertemakan “Adab dan Nilai Nadi Reformasi Pendidikan itu berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Ahmad Zaidi,
Kuching, Sarawak, baru baru ini.

Seramai 200 peserta dari Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak, menyertai program tersebut.

Penyertaan kontinjen Labuan membuahkan hasil apabila para peserta berjaya memperoleh
pengiktirafan dalam beberapa kategori kepimpinan, sekali gus menyerlahkan potensi murid
dalam pembentukan sahsiah, penghayatan nilai Islam dan pembangunan kepimpinan generasi
muda.

Pencapaian paling menonjol diraih Muhammad Dzulikhwan bin Mohd Dzulfaizal dari SMA MAIWP Labuan yang dinobatkan sebagai Tokoh Rijal Qiyadi (Peserta Terbaik
Lelaki).

Selain itu, Muhammad Dzulikhwan turut dinobat johan Anugerah Jejak Qiyadi kategori lelaki.

Bagi kategori perempuan peserta yang mewakili SMK Pantai, Nur Aleesya Adriana Rume muncul Johan Jejak Qiyadi kategori Perempuan, naib johan disandang Areej Ardini Azafarizal dari SM Sains Labuan.

Mohamad Iman Rifqi Dalaha dari SM Sains Labuan memperoleh tempat ketiga Jejak Qiyadi kategori lelaki, sementara Rabiatul Adawiyyah Zunizan dari SMK Mutiara meraih tempat ketiga
Perempuan.

Muhammad Asyraf Anwari Mohd Nazri dari SMK Rancha-Rancha memperoleh tempat keempat Lelaki, manakala Annisha Mansor dari SMK Labuan meraih tempat keempat kategori perempuan
Perempuan.

Bagi Anugerah Burhan Qiyadi Kategori Lelaki, Mohammad Nawfal Rayyan Mohd Noh dari SMA MAIWP Labuan di tempat ketiga Lelaki.

Selain pencapaian pertandingan, program NKIGM turut memberi penekanan kepada
pembentukan pemimpin muda melalui pelaksanaan modul yang dirancang untuk
mengukuhkan hubungan, membina kerjasama dan mengasah kemahiran kepimpinan peserta.

Antara modul yang diketengahkan ialah Nyala Minda/Tautan Mahabah, sebagai aktiviti suai
kenal dan pengukuhan hubungan; Khidmat Pemimpin, yang merangkumi aktiviti silang
budaya, khidmat masyarakat dan kunjung hormat kepada pemimpin tempatan; Menara
Madani, yang mencabar pemikiran, kreativiti dan strategi berpasukan; serta Titian Rahmah,
yang menekankan kerjasama dan sikap saling membantu dalam ꒐ꀘ꒐ꀘkumpulan.

Pengisian tersebut bertujuan memberi pengalaman pembelajaran yang lebih menyeluruh kepada peserta melalui aktiviti praktikal, interaksi sosial dan penyelesaian cabaran secara berkumpulan.

Kontinjen Wilayah Persekutuan Labuan diiringi oleh Ketua
Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan
Labuan, Kamariah Salim dan Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam, Syahnon Othman selaku Ketua Kontijen dan guru pengiring Mohd Arrauwi Ginsing dan Nur Nazihah
Hanapi.

  1. Muhamad Dzulikhwan menerima hadiah selepas dinobat johan Anugerah Jejak Qiyadi kategori Lelaki.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN