29.5 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 27, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

ZON KINABALU MENJUARAI BOLA JARING PSKPP DAERAH RANAU

Gambar atas : Zon Kinabalu, Juara Bola Jaring PSKPP daerah

Ranau: Pasukan Zon Kinabalu muncul juara apabila berjaya mengatasi pasukan Zon Timur melalui jaringan 10-2 dalam kejohanan Bola Jaring Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran (PSKPP) Peringkat Daerah Ranau yang berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Ranau, baru-baru ini.

Pada pusingan akhir perlawanan kedua-dua pasukan, Zon Kinabalu dan Zon Timur masing-masing mempamerkan mutu permainan yang seimbang dan menarik dengan saling berjaya menghasilkan jaringan. Namun pada saat-sat akhir perlawanan beberapa penyudah tumpul dan sering tersasar daripada jaring menyebabkan pasukan Zon Timur akhirnya akur kepada kehebatan para pemain Zon Kinabalu.

Gambar atas : Zon Timur (Naib Johan) manakala gambar bawah Zon Tengah (Tempat Ketiga)

Terdahulu, dalam perlawanan merebut tempat ke-3 dan ke-4, tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Zon Tengah apabila berjaya menewaskan pasukan Zon Ulu Sugut melalui jaringan 8 berbalas 7.

Menurut Pengerusi Teknik Bola Jaring PSKPP Daerah, Lisnah Morin, kejohanan itu yang disertai 8 buah pasukan adalah bertujuan memilih wakil daerah ke Kejohanan Bola Jaring PSKPP Peringkat Negeri yang akan diadakan pada 30/03/2022 di daerah Penampang sebagai tuan rumah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN