SIMBOLIK….. Bashir (dua kiri) menterahkan set bakul makanan sumbangan YWP kepada Mohd Dzulfaizal sambil diperhatikan Rithuan (tengah), Haji Hadnan (kanan sekali) dan Willy (kiri sekali)
LABUAN – Yayasan Wolayah Persekutuan (YWP) telah menyumbang sebanyak 480 set bakul makanan membabitkan peruntukan RM24,000 untuk diagihkan kepada warga Labuan yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akibat wabak COVID 19.
Majis simbolik penyerahan telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias mewakili YWP kepada Majlis Perwakilan Penduduk Zon Labuan yang diwakili oleh Pengerusinya, Mohd Dzulfaizal Ab. Manan yang diadakan di Tingkat 4, Wisma Perbadanan Labuan, pada Khamis.
Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perbandaran) Perbandaran) Perbandanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail, Timbalan Pengerusi MPP Zon Labuan Haji Hadnan Mohammad dan Setiausaha MPP Zon Labuan, Willy Lim.
Bashir yang juga Pengerusi Ahli Majlis Penasihat Perbandanan Labuan berkata, program tersebut merupakan salah satu inisiatif YWP dengan kerjasama Perbadanan Labuan (PL) dan MPP Zon Labuan bagi membantu warga Labuan yang terkesan akibat PKPP dan pendamik COVOD 19.
“ Ini adalah program kali kedua yang dilaksanakan oleh YWP di Labuan yang mana sebelum ini telah menyalurkan bantuan makanan kepada 300 buah keluarga” katanya kepada media sejurus majlis penyerahan.
Selain itu katanya, menjelang tahun awal tahun 2021 YWP juga bakal melaksanakan program ” Riang Ria Kembali Ke Sekolah ” yang berupa bantuan pembelian buku sekolah kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga Labuan.