SERAH…. Wong (kiri) menyerahkan sumbangan kepada Afdlin sambil diperhatikan oleh Anwar .
PUTRAJAYA: Presiden Dewan Pernigaan Tionghua Labuan, Datuk Wong Kii Yii menyumbangkan sebanyak RM20,000 kepada Tabung Kebajikan dan Pelajaran Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).
Wong menyerahkan sumbangan tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Yayasan Wilayah Persekutuan sempena Majlis Pelancaran tabung itu di Dewan Seri Malati, Kompleks Perbadanan Putrajaya, pada Isnin.
Majlis tersebut turut dihadiri isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, Pengarah Eksekutif YWP, Abdul Rahman Siraj, Pengerusi YWP Media Sdn Bhd, Datuk Afdlin Shauki dan Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk TPr Fadlun Mak Ujud..
Tabung Kebajikan dan Pelajaran YWP bertujuan untuk membantu rakyat miskin khususnya dari Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang bergelut untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Pada majlis itu Wong sempat melontarkan harapan kepada Perdana Menteri untuk datang ke Labuan bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai beberapa isu yang membelengu rakyat Labuan khususnya bekalan air dan juga elektrik.