ADVERTISEMENTspot_img

17 TAHUN MENANTI, SUSPEK KES BUNUH 2009 DITAHAN DI INANAM

Suspek (tidak berbaju)

PENAMPANG: Selepas lebih 17 tahun kes pembunuhan seorang lelaki di Beverly Hills, Penampang, masih dalam perhatian pihak berkuasa, polis akhirnya menahan seorang lelaki berusia 42 tahun yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Penampang ASP Arisanti Aziz berkata suspek ditahan pada 22 Okt lepas di sebuah kediaman di sekitar Kolombong, Inanam, Kota Kinabalu, hasil usaha pengesanan dan siasatan berterusan polis.

Beliau berkata tangkapan itu bagi membantu siasatan kes kematian seorang lelaki yang berlaku pada 11 April 2009 di Beverly Hills, Penampang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” menurut kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan, jika hukuman mati tidak dijatuhkan, pesalah hendaklah dikenakan sebatan sekurang-kurangnya 12 kali, tertakluk kepada peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Arisanti berkata kejayaan tangkapan itu mencerminkan komitmen dan kesungguhan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membanteras jenayah serta memastikan individu yang disyaki terbabit dalam jenayah serius terus dikesan dan dibawa ke muka pengadilan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN