30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Wiranita StarSabah Bingkor sampaikan sumbangan ADUN

Jennifer mewakili Robert menyampaikan sumbangan kepada Idam. Turut kelihatan Pengerusi JPKK Kampung Dangulat Samson Nasar

KENINGAU:Ketua Wiranita Parti Solidariti Tanah Airku (StarSabah) Bahagian N.40 Bingkor Puan Jennifer Epil mewakili Ahli Dewan Undangan (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin menghantar dan menyerahkan sumbangan kebajikan kepada seorang penduduk warga emas di Kampung Dangulad yang memerlukan perhatian atas sebab masalah kesihatan.

Jennifer diiringi oleh Pengerusi JPKK Kampung Dangulad Samson Nasar dan beberapa AJK Wiranita STARSABAH Bahagian N.40 Bingkor menyampaikan sumbangan berbentuk bahan-bahan keperluan harian kepada Puan Idam di rumah kediaman keluarganya.

Sumbangan ikhlas daripada Datuk Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya itu bermanfaat dan meringankan bebanan keluarga Puan Idam.

Turut menerima sumbangan kebajikan yang sama di kampung itu adalah Puan Ester Dadin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN