26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Oktober 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Wiramuda STARSABAH alu-alukan, sokong penuh calon-calon muda mewakili PN dalam PRN Melaka

MELAKA: Pergerakan Wiramuda Star Sabah memberikan sokongan penuh kepada calon-calon muda mewakili Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Umum Negeri Melaka.

Ketuanya Kong Soon Choi (gambar) dalam satu kenyataan berkata, sayap Wiramuda Star Sabah ketika ini turut berada di negeri Melaka untuk memberikan sokongan moral kepada calon-calon muda berkenaan dan yakin rakyat negeri itu akan memberikan undi kepada mereka.

“Berdasarkan pengamatan saya sejak Sabtu lepas mengikuti siri kempen di beberapa kawasan Dun yang diwakili calon muda dari Perikatan Nasional, pengundi memberikan maklum balas positif dan potensi mereka diyakini”. Jelasnya.

Dhanesh dan Fong….antara senarai calon muda mewakili Perikatan Nasional dalam PRN Melaka.

Kong yang juga AJK Pemuda Perikatan Nasional Pusat menjelaskan, tidak rugi bagi rakyat Melaka memberikan kepercayaan kepada calon muda Perikatan Nasional kerana ia sesuai dengan arus politik perdana masa kini yang memerlukan idea bernas untuk berhadapan dengan permodenan mencabar.

Katanya, selain memiliki karisma, calon-calon itu turut membawa latar belakang yang profesional dan yakin mereka boleh menjadi pemimpin yang berkualiti.

“Tahap pendidikan dan latar belakang kerjaya calon-calon muda PN ini membolehkan mereka menjadi pemimpin yang lantang dalam memperjuangkan manifesto yang telah digariskan dalam PRN Melaka”. Katanya.

Perikatan Nasional (PN) menamakan 19 orang calon-calon muda berusia sekitar 27 hingga 45 tahun dalam Pilihan Raya Umum Negeri Melaka kali ini. Antara senarai calon termuda termasuklah Fong Khai Ling, 27 tahun yang bertanding di Dun N.20 Kota Laksamana dan Dhanesh A/L Basil, 29 tahun di Dun N.10 Asahan.

.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN