29 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Wiramuda STAR harap Bajet 2023 fokus peruntukan pembangunan infrastruktur asas di Sabah.

Kong Soon Choi ..Utamakan penyelesaian isu-isu infrastruktur utama di negeri Sabah dalam Bajet 2023

KOTA KINABALU: Pergerakan Wiramuda Parti Solidariti Sabah Tanah Airku (STAR) berharap Bajet 2023 memfokuskan peruntukan terhadap beberapa isu berkaitan pembangunan infrastruktur asas yang menjadi rungutan rakyat Sabah sejak sekian lama.

Ketuanya, Kong Soon Choi berkata, melalui tinjauannya, terdapat empat isu infrastruktur utama yang diluahkan majoriti rakyat negeri ini antaranya kerosakan jalan raya, penambahbaikan sistem bekalan air, elektrik dan penaiktarafan capaian komunikasi.

Justeru, kerajaan wajar memperuntukkan sejumlah bajet yang mencukupi untuk negeri Sabah bagi mempastikan isu-isu berkenaan dapat ditangani dengan lebih berkesan.

Sebahagian daripada contoh kerosakan jalan raya di negeri Sabah yang menjadi rungutan sekian lama rakyat negeri ini.

“Kita yakin kerjasama erat antara Kerajaan GRS-BN dengan Kerajaan Persekutuan, isu itu antara yang diberi keutamaan dalam pembentangan Bajet 2023 akan datang. Ia bukanlah isu baru tetapi telah sekian lama membelenggu rakyat Sabah, jadi ia perlulah ditangani dengan berkesan demi kesejahteraan rakyat bagi menyemarakkan lagi konsep Keluarga Malaysia”. Tegasnya.

Menurutnya, penyelesaian isu-isu berkenaan amat penting bagi menyeimbangkan pembangunan antara daerah-daerah di Sabah dengan negeri lain di negara ini.

Kong yang juga Timbalan Ketua Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berharap, kerajaan turut mengambil kira kadar harga rumah di negeri Sabah yang agak tinggi ketika ini untuk dikaji semula dengan penawaran pakej-pakej rumah mampu milik.

Katanya, usaha itu boleh membantu golongan belia yang baru memulakan kerjaya dalam sektor kerajaan dan swasta memiliki rumah sendiri tanpa dibebani dengan bayaran bulanan yang membebankan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN