NOSTALGIA…..Dari kanan Zul Azman, Amri, Buchu, Jirol, Tusin, Sahiran dan Nordin.
KOTA KINABALU:Kelab Wira Jaya meneruskkan aktiviti riadah dengan mengadakan hiking ke Bukit Bendera di Kampung Suok Dambai Papar baru-baru ini .
Riadah ini diketuai oleh Sahiran Hj.Mujim yang turut disertai oleh Nordin , Zul Azman, Amri , midi, Jirol, Tusin dan Awang Damit Abu Bakar@ Buchu.
Menurut Sahiran yang juga Timbalan Presiden Kelab Wira Jaya ketika ditemui berkata, aktiviti seumpama ini bukan sahaja mampu mengeratkan silaturahim malah ianya juga sebagai jambatan perpaduan dan landasan dalam mengeratkan ukhuwah dikalangan warga Wira Jaya.

TERIMA ANUGERAH….Jirol (kiri) menerima anugerah Pendaki Terpantas.
Katanya, semoga dengan adanya aktiviti seumpama ini ianya sekaligus sebagai platform untuk memupuk semangat setiakawan dan salah satu aktiviti murni yang menampakkan satu elemen penting untuk mereka sentiasa sihat sepanjang masa serta dapat beramah mesra antara satu sama lain.
Sementara itu, Jirol telah terpilih sebagai “Pendaki Terpantas “ dalam aktiviti tersebut manakala Tusin Ismail menerima anugerah sebagai Pendaki Paling Veteran.
Sehubungan itu , Kelab Wira Jaya juga merancang untuk hiking ke Bukit Bendera di Beaufort, Bukit Perahu di Tamparuli , Bukit Botak di Menggatal dan Kepunyit Kepayan.



