ADVERTISEMENTspot_img

Dua premis disyaki curi bekalan elektrik bakal berdepan tindakan undang undang

Ismail (tiga dari kanan) menunjukkan pintasan eletrik menyebabkan meter gagal merekodkan penggunaan sebenar.

LABUAN: Dua buah premis yang disyaki terlibat dalam penyalahgunaan bekalan elektrik bakal berdepan tindakan undang undang, jika disabit kesalahan.

Pengarah Bahagian Pematuhan dan Penguatkuasaan Suruhanjaya Tenaga Malaysia, Ismail Zaili Yusop berkata dua premis berkenaan adalah antara tiga premis yang di periksa dalam Ops Spark 2026 yang dijalankan di sekitar Labuan pada Selasa.

Katanya akibat daripada penyalahgunaan bekalan elektrik itu pihak utiliti mengalami kerugian lebih RM80, 000.

” Kita mendapati kesalahan yang dilakukan oleh pemilik premis telah melakukan pintasan yang menyebabkan meter elektrik gagal merekodkan penggunaan yang sebenar.

“Ini menyebabkan kadar penggunaan bekalan elektrik kurang dan sekaligus menyebabkan pihak kami mengalami kerugian, katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas menjalankan Ops Spark 2026 di pusat bandar.

Jelas beliau, Kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 37(3), Akta Bekalan Elektrik 1990, Akta 447.

“Jika didapati bersalah, pesalah boleh dikenakan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM1 juta, atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya, katanya.

Ops Spark yang bermula sekitar jam 11.30 pagi itu melibatkan 38 anggota dari Suruhanjaya Tenaga Putrajaya dan SESB Sdn. Bhd.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Tenaga turut memberi amaran, kegiatan mencuri elektrik bukan sahaja menjejaskan pihak utiliti, malah boleh menyebabkan gangguan bekalan serta mengundang risiko keselamatan kepada orang awam.

Aspek keselamatan elektrik terus diberi keutamaan menerusi operasi penguatkuasaan secara berterusan bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan ditetapkan.

“Tindakan itu juga penting bagi melindungi pengguna daripada bahaya yang berpunca daripada penyalahgunaan tenaga elektrik”,katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN