Zarinah menandatangani buku pelawat sambil diperhatikan Junaidah ( dua dari kiri) dan Alimuddin ( dua dari kanan)
LABUAN:Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Labuan telah menerima kunjungan lawatan kerja rasmi Pengerusi Tribunal Pengguna Malaysia (TPM), Zarinah Mat Jailaini yang berlangsung pada Isnin.
Lawatan kerja rasmi ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerjasama antara TTPM dan KPDN Wilayah Persekutuan Labuan, di samping meninjau Cawangan TTPM Wilayah Persekutuan Labuan yang berada di bawah pentadbiran KPDN Wilayah Persekutuan Labuan.
Ketibaan Zarinah disambut oleh Pengarah KPDN Labuan, Junaidah Arbain dan Ketua Pegawai Penguatkuasa KPD Labuan, Alimuddin Malang.
Junaidah berkata lawatan tersebut memberi peluang kepada pihak TTPM untuk melihat dengan lebih dekat operasi, pengurusan serta pelaksanaan urusan perkhidmatan di Cawangan TTPM Wilayah Persekutuan Labuan.
Tambahnya, Lawatan kerja rasmi ini juga mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua pihak dalam memperkukuh kerjasama strategik serta memastikan penyampaian perkhidmatan kepada pengguna di Wilayah Persekutuan Labuan dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.
“Semoga jalinan kerjasama antara KPDN Wilayah Persekutuan Labuan dan TTPM terus diperkukuh demi kepentingan serta kesejahteraan pengguna”, katanya.



