32 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Warisan teruskan bantuan makanan kepada penduduk kampung

PITAS: Misi Bantuan Warisan Kudat diteruskan lagi dengan agihan bakul makanan di dua buah kampung iaitu Kg. Pogil dan Kg. Kemiri, sini.

Misi dikelolakan oleh Exco kebajikan Wira Bahagian Kudat, Khairuddin.

Bakul makanan diagihkan secara bersasar kepada penduduk yang terjejas di kedua-dua kampung.

Selain itu, Misi Bantuan Warisan Kudat turut menyumbangkan satu unit kerusi roda kepada warga emas yang lumpuh di Kg. Kemiri.

Turur hadir menjayakan program pada hari ini Timbalan Ketua Bahagian Warisan Kudat, Mohd Zinin, Exco Wirawati Negeri, Maya Julmaya dan team N3 Pitas.

Penghargaan diberikan kpd ADUN Banggi Mohammad Mohamarin yang juga Ketua Bahagian Warisan Kudat dan ADUN Tanjong Kapor Ben Chong serta pemimpin yang lain.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN